Jalan Sultan Ismail telah dijadikan laluan dua hala bermula dari 30 April 2024. Langkah itu diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Bukit Bintang.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata perubahan itu bermula dari Jalan Raja Chulan sehingga ke Simpang Bukit Bintang. Katanya, seramai 20 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan ditempatkan di sepanjang laluan berkenaan bagi membantu melancarkan aliran trafik.
“Perubahan laluan ini sudah dilaksanakan sejak Rabu lalu (30 April) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di tengah ibu kota.
“Penempatan 20 anggota trafik di laluan ini bagi melicinkan lalu lintas kerana masih ramai pengguna tidak mengetahui perubahan itu,” katanya.
Mengulas lanjut, Azry berkata laluan itu akan digunakan sebagai jalan sehala pada waktu puncak bermula jam 6 sehingga 9 pagi yang akan dikawal pihaknya. Laluan satu hala itu akan bermula dari Jalan Kampung Pandan menghala Jalan Sultan Ismail dan laluan berkenaan akan kembali menjadi jalan dua hala selepas jam 9 pagi.
Menurut, bagi mengelak kekeliruan pihaknya akan meletakkan anggota JSTP di sepanjang lalun terbabit.
“Kita masih belum dapat (lihat hasil) sepenuhnya dan pemantauan masih dibuat oleh anggota trafik yang ditempatkan di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.
“Petugas akan memantau kelancaran laluan kenderaan yang lalu di sini, selain berusaha memberi pemahaman lebih pengguna jalan raya.
“Kita berharap pelaksanaan ini dapat mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas di Bukit Bintang ini,” katanya.