Bikesrepublic

Jualan Shark Helmets di Spartan Concept Store, Sunway

  • Dua model Shark Helmets yang boleh didapati di Spartan Concept Store, Sunway kini ditawarkan dengan diskaun hebat.
  • Helmet penuh Shark S700-S yang dijual pada harga RM840 hingga RM880, diskaun 35%.
  • Helmet Shark Speed-R Carbon Series 2 pula diberi diskaun sehingga 40%.


Berita gembira bagi semua peminat serta penggemar Shark Helmets! Spartan Concept Store yang terletak di Sunway sedang menawarkan diskaun bagi dua model helmet penuh jenamai ini; Shark S700-S dan Shark Speed-R Carbon Series 2. S700-S dijual dalam linkungan harga RM840 hingga RM880 dan ditawarkan diskaun sehingga 35% dan Speed-R Carbon Series 2 pula datang dengan 40% diskaun.

Shark S700-S

S700-S ini merupakan helmet yang serba boleh, sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak menggunakan helmet penuh pada harga yang berpatutan. Dilengkapi dengan pelindung matahari dalaman, ianya lebih mesra pengguna dan mudah untuk digunakan ketika menunggang motosikal.

Dengan rekabentuk yang begitu garang sekali, helmet ini diperbuat menggunakan resin suntikan termoplastik dengan berat sekitar 1,685gram (saiz besar). Digandingkan bersama peredam gegaran dalaman pelbagai-kepadatan dan pengudaraan optimal dwi-posisi, S700-S ini ternyata teguh serta selesa.

S700-S ini juga didatangkan dengan pengadang Pinlock di atas pelindung muka 2.2mm anti-calar dengan sistem pelepasan pantas pelindung muka bagi memudahkan penggantian dan juga pembersihan. Ia juga mempunyai pelapik yang boleh dikeluarkan dan dibersihkan dengan mudah selepas seharian menunggang.

Shark Speed-R Carbon Series 2


Pernah menjadi helmet tercanggih dari Shark, Speed-R Carbon masih lagi dianggap oleh sesetengah pihak sebagai helmet paling selesa serta bergaya yang berada di pasaran sekarang. Bagi mereka yang mencari rekabentuk keseluruhan yang menunjukkan prestasi dan aerodinamik yang hebat yang telah diuji dalam terowong angin, helmet ini sesuai sekali untuk mereka.

Dibentuk dari serat karbon aramid dan serat kaca pelbagai-paksi, helmet pertengahan yang lonjong ini teramat ringan dan pada masa yang sama begitu kukuh. Terdapat dua saiz tempurung yang ada yang muat untuk hampir semua bentuk dan saiz kepala dan kami yakin anda pasti akan dapat memilih satu yang berkesesuaian dan mengikut citarasa anda di Spartan Concept Store di Sunway.

Selain itu ia juga mempunyai ciri penukar pantas pelindung muka yang anti-kabus dan anti-calar yang mana ia telah dipasang dengan sistem MaxVision Pinlock. Speed-R juga dilengkapkan dengan pelindung matahari dalaman yang mudah digunakan namun jika anda ingin menggunakan cermin mata anda sendiri, pelapiknya juga telah disertakan dengan Shark Easy Fit untuk disesuaikan dengan cermin mata anda.

Dianggap ramai sebagai helmet paling berpatutan dengan tahap keselesaan dan keselamatan yang cukup tinggi, anda tidak akan tersilap jika memilih helmet Speed-R Carbon Series 2 ini. Dengan diskaun 40% yang ditawarkan oleh Spartan Concept Store di Sunway, tiada alasan lagi untuk tidak mendapatkannya hari ini!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube