Kalendar MotoGP 2025 baru sahaja dikeluarkan. Ia akan menjadi tahun yang lebih sibuk dengan 22 pusingan, dan 44 perlumbaan.
Seperti musim-musim sebelumnya, 2025 akan bermula dengan pusingan bukan Eropah. Bagaimanapun, Thailand akan menjadi tuan rumah pusingan pembukaan di Litar Antarabangsa Chang, bukannya seperti kebiasaannya di Qatar. Ini juga bermakna bahawa MotoGP Thailand tidak akan berlangsung secara berturut-turut dengan Malaysia, seperti dalam kes tahun ini.
Tempoh pertengahan musim berlangsung dari April hingga September, dimana kejuaraan ini akan kembali ke benua Eropah. Litar Brno di Republik Czech ditambah kembali dan sudah pastinya akan disambut baik oleh pelumba dan peminat.
Argentina dijadualkan semula selepas GP Thailand, walaupun ia dibatalkan tahun ini.
Tambahan baharu untuk 2025 ialah litar Balaton Park di Hungary. Litar sepanjang 4.02km itu baru sahaja siap dan akan menjadi ujian yang menarik untuk pasukan dan pelumba yang akan mempunyai sedikit atau tiada data dan pengalaman di trek tersebut. Pusingan ini akan berlangsung antara 22 dan 24 Ogos.
Terdapat dua pusingan yang dikeluarkan untuk tahun 2025. Pertama ialah Litar Antarabangsa Sokol di Kazakhstan. Ia telah dibatalkan kerana banjir buruk tahun ini. Satu lagi ialah MotoGP India yang kini terkenal dengan ragam pengelolanya justeru telah ditangguhkan sehingga 2026, kerana apa yang dinyatakan oleh Dorna dan FIM sebagai “kerumitan operasi.”
Mengakhiri musim 2025 ialah pusigan tradisional di Jerez, dengan litar menakjubkan itu menjadi tuan rumah kepada kejuaraan antara 14 dan 16 November.
Kalendar MotoGP 2025
Pusingan |
Tarikh |
Thai GP |
March 2 |
Argentina GP |
March 16 |
Americas GP |
March 30 |
Qatar GP |
April 13 |
Spanish GP (Jerez) |
April 27 |
French GP |
May 11 |
British GP |
May 25 |
Aragon GP |
June 8 |
Italian GP |
June 22 |
Dutch GP |
June 29 |
German GP |
July 13 |
Czech GP |
July 20 |
Austrian GP |
August 17 |
Hungarian GP |
August 24 |
Catalan GP (Barcelona) |
September 7 |
San Marino GP |
September 14 |
Japanese GP |
September 28 |
Indonesian GP |
October 5 |
Australian GP |
October 19 |
Malaysian GP |
October 26 |
Portuguese GP |
November 9 |
Valencia GP |
November 16 |