Bikesrepublic

Kanak-Kanak Usia 3 Tahun Tunggang Honda Gold Wing Curi Perhatian

Tidak dinafikan terdapat ramai kanak-kanak yang berupaya mengendalikan motosikal di usia muda namun lain kisahnya bagi bekas pelumba MotoGP dan WorldSBK, Kenan Sofuoglu, yang mengajar anaknya yang baru berusia 3 tahun menunggang motosikal.

Motosikal yang dimaksukan itu bukanlah motosikal bersaiz kecil sebaliknya sebuah Honda Gold Wing 1800 DCT!

Berdasarkan video rakaman yang dimuat naik Sofuoglu di akaun Instagram anaknya, Zayn Sofuoglu, memaparkan anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun dengan selamba menunggang motosikal Gold Wing itu di litar.

Walaupun kaki tak sampai untuk memijak ‘footpegs’ di samping motosikal itu jauh lebih besar dan berat (lebih 300kg) namun Zayn langsung tidak berdepan masalah untuk mengendalikan jentera terbabit.

Bagaimanapun video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dengan ada yang bimbang dengan keselamatan anaknya.

Tinjauan di akaun Instagram Zayn mendapati ini bukan kali pertama dia menunggang motosikal kerana sebelum ini pernah juga menunggang Yamaha TMAX, Italjet Dragster dan Honda Ruckus.

Pada masa sama, aksi Zayn itu secara tidak langsung membuktikan Honda Gold Wing 1800 sememangnya mudah untuk dikendalikan. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan