Bikesrepublic

Kawasaki-Modenas Bakal Bangunkan Jentera Baharu?

Kawasaki telah meningkatkan pegangan dalam Modenas sebanyak 30 peratus – dan mampu naik sehingga 48 peratus – sekaligus mencetuskan persoalan sama ada jenama motosikal nasional itu akan menghasilkan jentera baharu dengan sentuhan pengeluar Jepun?

DRB-HICOM Berhad telah memeterai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI) untuk menjual saham biasa 14,300,000 dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) bernilai RM40.3 juta sekaligus meningkatkan pegangan Kawasaki yang sebelum ini memiliki 19 peratus.

Menurut kenyataan dikeluarkan MODENAS, KHI juga akan membeli 52 juta saham keutamaan boleh tukar (CPS) – apabila diaktifkan, pegangan ekuiti KHI akan melompat ke 48 peratus.

Bagaimanapun CPS hanya berlaku sekiranya MODENAS mencapai tanda aras yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Pengarah Urusan Kumpulan bagi DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar meluahkan keyakinan struktur baharu ini akan memberi manfaat terhadap MODENAS.

“KHI telah memegang ekuiti didalam MODENAS sejak penubuhannya lagi. Ketika itu pun, produk mereka telah membantu MODENAS mencapai persada carta jualan di pasaran motosikal tempatan. Pegangan ekuiti yang lebih besar ini juga bererti KHI akan mengambil bahagian didalam operasi MODENAS, berbanding hanya sebagai pemegang saham. Saya yakin pengalaman dan kepakaran teknikal KHI akan membawa kepada suatu fasa produk yang lebih baik untuk pelanggan MODENAS, terutamanya didalam segmen street bike serta sports bike,” jelasnya.

Perhubungan ini dilihat membolehkan kedua-dua pihak untuk bekerjasama dengan lebih rapat dalam membangunkan produk yang lebih baik bagi pasaran tempatan.

“Kawasaki dan MODENAS bukan tidak mengenali sesama sendiri, maka sinergi antara kedua-dua kumpulan akan memastikan kerjasama dengan berkesan untuk membangunkan produk bagi pasaran domestik. Rakyat Malaysia telah lama menggemari produk dari Kawasaki, yang dikenali sebagai jenama global yang berkualiti dan mempunyai rekod yang kukuh di arena sukan bermotor,” tambah Syed Faisal.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube