Bikesrepublic

Kawasaki Ninja ZX-25R Datang Dengan Dua Varian, Anggaran Atas RM33k

Tidak dinafikan, antara motosikal yang ditunggu-tunggu untuk menembusi pasaran Malaysia adalah Kawasaki Ninja ZX-25R. 

Sejak pelancaran sulung di Indonesia, ramai yang masih ternanti-nanti akan ketibaan model itu disini.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Operasi Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), Roslan Roskan, telah pun memaklumkan bahawa Ninja ZX-25R akan dipasang di Malaysia dan akan dijenamakan sebagai Modenas.

Untuk rekod, EMOS telah beberapa kali mempamerkan Ninja ZX-25R kepada umum ketika di MotoGP Malaysia 2022 dan terbaru di Malaysia Autoshow 2023.  

Ketika itu, kami difahamkan Ninja ZX-25R akan dipasarkan sekitar pertengahan tahun ini. Bagaimanapun, maklumat terbaru yang kami terima adalah EMOS sebagai rasmi jenama Kawasaki di Malaysia masih lagi dalam peringkat perbincangan bagi menentukan harga sesuai untuk dipasarkan disini. 

@kawasakishahalam Replying to @Slurpee Clarification and latest update for ZX25-R ! What you guys waiting for? COME ON! PM kami laju-laju! #FreeYondOpen #kawasaki #h2r #maepsserdang #zx25r #cmcdaytona #caferacer #retro #CapCut #malaysiaautoshow2023 #kawasakimalaysia #sbk #ninja250 #zx10r #versys #kawasakininja #kawasakishahalam ♬ original sound – Kawasaki Shah Alam

Dalam perkembangan terbaru, akaun TikTok rasmi Kawasaki Shah Alam mendedahkan bahawa Ninja ZX-25R itu akan datang dengan dua varian, ZX-25R SE dan ZX-25RR. 

Menariknya, video berdurasi 52 saat itu juga memaklumkan bahawa model ‘empat dapur’ itu akan dijual pada harga antara atas RM33k dan bawah RM40k. 

Apa pun, kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak EMOS dan Kawasaki Malaysia sendiri. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan