Bikesrepublic

Kawasaki Versys 650 2022 Bakal Dilancarkan – Rekaan Baharu, Skrin TFT

Kawasaki Versys 650 merupakan motosikal ‘sport-tourer’ paling popular sejak diperkenalkan pada 2007 dengan generasi pertama berjalan sehingga 2014.

Pengeluar motosikal Jepun itu kemudian mengemaskini Versys 650 untuk tahun 2015 dan mengekalkan sebahagian besar reka bentuk dan spesifikasi sehingga kini.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru mendedahkan Versys 650 itu bakal dinaik taraf secara besar-besaran untuk tahun 2022 sepertimana yang disahkan dokumen terbaru difailkan di Kesatuan Eropah.

Laman sesawang Kawasaki Amerika Syarikat juga mendedahkan tiga model baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi, dengan model di tengah seakan merujuk kepada Versys 650 berdasarkan reka bentuk rim depan yang sama dengan sedia ada.

Pada masa sama, dokumen yang difailkan di Eropah juga mendedahkan spesifikasi model baharu tersebut.

Bahagian enjin kekal bernadikan platform parallel-twin yang menawarkan 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm.

Chasis sama turut dikekalkan bagi model 2022 berdasarkan dimensi jarak antara tayar, panjang dan kelebaran jentera.

Namun, ukuran ketinggian adalah lebih rendah dengan 53.5″ berbanding 55.1″ pada model sebelumnya (dengan penghadang angin berada pada tetapan reendah).

Sementara itu, rekaan keseluruhan dijangka mengikut acuan sama seperti Versys 1000 yang diperkenalkan pada 2019.

Versys 650 akan datang itu juga dijangka akan dilengkapi skrin TFT dengan keterhubungan Bluetooth yang dibawa dari Ninja 650.

Apa pun nantikan pelancaran tiga model baharu itu termasuk Versys 650 pada 23 November ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube