Bikesrepublic

Kawasaki Versys Hibrid Akan Tiba Tak Lama Lagi

Motosikal hibrid Kawasaki yang bakal dilancarkan telah terdedah melalui ilustrasi paten terkini. Gambar dibawah, dikongsikan oleh penerbitan Itali Motociclismo, menunjukkan motosikal berasaskan model touring Kawasaki Versys, tetapi dibezakan dengan penambahan unit hibrid.

Pembangunan ini sejajar dengan tawaran hibrid sedia ada Kawasaki, iaitu full-fairing Ninja 7 Hybrid dan naked Z 7 Hybrid. Sistem hibrid ini terdiri daripada motor elektrik 9kW yang beroperasi bersama dengan enjin 451cc yang bersilinder-kembar.

‘Versys Hybrid’ yang bakal muncul berbeza daripada model hibrid Kawasaki yang bakal masuk pasaran dunia pada tahun 2024 –  Ninja 7 Hybrid dan Z 7 Hybrid, yang berkategori sportbike dan naked. Kategori-kategori ini memberi tumpuan kepada prestasi berbanding perjalanan jauh, dan amat berbeza dengan segmen touring.

Kelebihan hibrid dalam konteks touring melampaui pertimbangan jarak dan efficiency minyak sahaja. Motosikal hibrid memastikan operasi berterusan selepas bateri habis, kelebihannya terletak dalam keupayaannya untuk mengekalkan prestasi yang mantap semasa perjalanan yang panjang — sesuatu yang enjin tradisional yang bergantung pada satu punca kuasa untuk roda belakang tidak dapat tawarkan.

Walaupun bateri 1.4kWh yang kelihatan sederhana digunakan dalam Ninja 7 Hybrid dan Z 7 Hybrid, Kawasaki menggabungkannya dengan enjin konvensional, memberikan 69bhp ke roda belakang dalam kedua-dua model. Output ini, yang melebihi sedikit daripada 66bhp Versys 650, menekankan potensi prestasi yang berterusan untuk jarak yang panjang.

Walaupun Kawasaki belum membuat keputusan untuk beralih sepenuhnya dari model biasa kepada hibrid dengan prestasi yang setaraf, keberkesanan Versys hibrid untuk perjalanan jauh, bersama dengan penekanan Kawasaki terhadap penggunaan bahan api seperti motosikal 250cc pada motosikal hibrid sedia ada, menunjukkan kemungkinan Versys 650 dipertimbangkan untuk transformasi inovatif seumpama itu.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube