Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), sebuah subsidiari kepada Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), serta pengedar motosikal Kawasaki di Malaysia, telah melancarkan warna baru untuk Kawasaki Z900 ABS dan Kawasaki Z900 SE, menawarkan pilihan yang lebih luas kepada penunggang Malaysia.
– Kawasaki Z900 SE kini tersedia dalam dua warna baru – Metallic Spark Black dan Metallic Matte Graphenesteel Gray.
– Harganya adalah RM55,900.
– Kawasaki Z900 ABS pula kini ditawarkan dengan warna Candy Persimmon Red dan Ebony, dengan harga RM44,900.
– Kedua-dua model Z900 dan Z900 SE dilengkapi dengan mod pemanduan bersepadu, pemilihan mod kuasa, dan tiga variasi kawalan traksi KTRC.
– Keupayaan klac assist dan slipper, berserta suspensi belakang jenis horizontal back-link yang diilhamkan oleh jentera Kawasaki WorldSBK, menawarkan prestasi yang kuat di semua model Z900.
– Bagi penunggang yang mencari peningkatan kesempurnaan, Z900 SE menawarkan fork terbalik berwarna emas yang mencolok dan suspension belakang Öhlins S46 dengan pelarasan pre-load.
– Kerana ini hanyalah peningkatan estetika, tidak ada perubahan dari segi enjin. Bagi yang mungkin lupa, Z900 dikuasakan oleh enjin sejukan cecair empat-silinder 948cc yang menghasilkan 123.6hp dan 98.6Nm tork.