Bikesrepublic

Kekerasan di JPJ Pahang hanya Lakonan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menegaskan bahawa video tular yang memaparkan kekasaran berlaku membabitkan anggotanya dengan seorang lelaki hanya demonstrasi.

JPJ dalam kenyataan media hari ini, memaklumkan adegan dalam video yang tular itu sebenarnya adalah sebahagian daripada babak yang dilakonkan dalam raptai, semalam.

Lakonan itu bagi demonstrasi sempena lawatan kerja Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Isnin ini.

Sehubungan itu, JPJ Pahang menyeru kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk kepada sumber yang sahih sebelum mempercayai dan berkongsi sebarang berita atau video yang tersebar,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ Pahang akan terus komited memastikan setiap anggota penguatkuasa dilatih dengan baik dan bersedia untuk menangani sebarang situasi dengan profesionalisme dan integriti yang tinggi.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat mengenai kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi JPJ Pahang di talian rasmi kami atau merujuk kepada saluran komunikasi rasmi untuk perkembangan terkini,” katanya.

Semalam, tular video berdurasi 31 saat yang memaparkan anggota JPJ yang cuba menahan seorang lelaki yang dikatakan berlaku di perkarangan Kompleks JPJ Pahang.

Sebelum ini, tular seorang warga emas menampar pegawai Puspakom di Johor Bahru, Johor selepas berang dalam ujian brek.

Warga emas itu kemudiannya didenda RM1,600 oleh mahkamah.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube