Bikesrepublic

Kenali Dougie Lampkin, Penunggang Yang Melakukan Aksi ‘Wheelie’ Sejauh 60km mengelilingi litar Isle of Man TT!

 

  • Dougie Lampkin adalah satu-satunya penunggang yang berjaya melakukan aksi ‘wheelie’ mengelilingi litar Isle of Man TT.
  • Keseluruhan litar yang berjarak 60km yang mempunyai lebih daripada 200 selekoh, pertukaran ketinggian, lalulintas dan cuaca yang tidak menentu itu tidak dapat menghentikan kemaraan juara dunia motosikal ‘trial’ 12 kali yang berusia 40 tahun itu.
  • Dia mengambil masa 1 jam 35 minit untuk menunggang mengelilingi litar berkenaan di atas satu roda menggunakan motosikal ‘trial’ buatan khasnya, Vertigo Ice Hell 300.

Guy Martin di atas jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 (Sumber imej: Grimsby Telegraph)

Tanya sahaja mana-mana penggemar motosikal mengenai Isle of Man Tourist Trophy dan mereka sudah pasti akan tersenyum. Tidak kiralah jika ianya juara MotoGP sembilan kali atau pun hanya orang-orang kebiasaan yang melepak di bengkel berhampiran anda, Pulau Isle of Man yang terletak di antara England dan Ireland itu saban tahun menganjurkan perlumbaan motosikal jalan raya terhebat (serta paling merbahaya) dunia sepanjang zaman, perlumbaan TT.

Dougie Lampkin (Sumber imej: Red Bull)

Ketika tiadanya motosikal perlumbaan yang diubahsuai menderu laju di atas jalan rayanya dengan kelajuan melebihi 300km/j, pulau itu sering mendapat tumpuan golongan yang lain dari seluruh dunia. Sebagai contoh, Dougie Lampkin. Penunggang endurocross dan motosikal ‘trial’ berusia 41 tahun itu telah melakukan satu aksi yang agak menakjubkan pada tahun lalu di litar jalan raya yang tersohor itu.

Sumber imej: Red Bull

Siapa Dougie Lampkin ini? Penunggang dari Britain ini terkenal sebagai juara dunia motosikal ‘trial’ 12 kali. Mari kami terangkan lagi pada anda semua. Dia memenangi ‘World Indoor Championship’ selama lima tahun berturut-turut dari tahun 1997 hingga 2001 dan ‘World Outdoor Championship’ selama tujuh tahun berturut-turut dari tahun 1997 hingga 2003. Jadi, secara asasnya, dia adalah juara dunia selama tujuh tahun berturut-turut dari tahun 1997 sehinggalah tahun 2003!

Sumber imej: Car Magazine

Pada tahun lalu dalam bulan September, Dougie Lampkin beserta dengan bantuan daripada Red Bull telah mempamerkan sesuatu yang amat mengagumkan di Isle of Man. Litar TT sejauh 60km yang mempunyai lebih daripada 200 selekoh, pertukaran ketinggian, lalulintas, dan cuaca yang tidak menentu telah ditakluki oleh Lampkin di atas sebuah roda. DOUGIE LAMPKIN MELAKUKAN AKSI WHEELIE SEJAUH 60KM MENGELILINGI KESELURUHAN LITAR ISLE OF MAN TT.

Dia mengambil masa selama satu jam 35 minit untuk mengelilingi litar paling terkenal di dunia di atas satu roda menggunakan motosikal ‘trial’ miliknya yang amat istimewa, Vertigo Ice Hell 300. Motosikal dua lejang satu silinder 300cc ini menghasilkan 23hp TETAPI dengan berat hanya 70kg! Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan untuk menjadikannya lebih ‘mesra wheelie’, seperti tempat letak kaki belakang, tangki bahanapi yang lebih besar, dan motor elektrik istimewa dipaut pada tayar hadapan untuk imbangan.

Pada penghujung aksi wheelienya itu, Lampkin berjaya mencipta rekod dunia yang baru sebagai satu-satunya penunggang yang berjaya melakukan aksi wheelie mengelilingi litar Isle of Man TT. Dengan kemahirannya yang menakjubkan itu, Lampkin sering kali dapat dilihat melakukan aksi-aksi yang menakjubkan. Saksikanlah aksi terbarunya menunggang di taman tema yang ditinggalkan di bawah!

Sumber: Red Bull

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube