Bikesrepublic

Kenapakah Motosikal MotoGP tidak Gunakan ABS?

Tahukah anda bahawa motosikal MotoGP tidak menggunakan ABS (sistem brek anti-kunci)? Malah, sistem itu turut tidak digunakan dalam kategori Moto2 dan Moto3.

Jawapan ringkasnya ialah ABS diharamkan oleh badan induk MotoGP, iaitu FIM. Malah, ia turut diharamkan dalam Kejohanan Superbike Dunia (WSBK). Sebaliknya, ABS dibenarkan dalam Kejohanan Dunia FIM Endurance. Terdapat beberapa sebab di sebalik ini, yang akan kami huraikan di sini.

1. Aksi membrek harus menjadi kemahiran penunggang

Marc Marquez dan Dani Pedrosa pernah mencuba sistem itu pada 2014 dan ia terbukti berfungsi dengan baik terutamanya dalam cuaca basah.

Bagaimanapun, FIM menganggap tindakan membrek harus dibiarkan sebagai suatu kemahiran pelumba dan persediaan pasukan masing-masing, dan bukannya membiarkan penunggang hanya perlu membrek dan sistem mengendalikan tindakan brek sebenar.

Lihatlah sejauh mana pembangunan aerodinamik telah dicapai dalam beberapa tahun yang singkat. Ia telah sampai ke peringkat dimana penunggang perlu menunggang motosikal mereka seperti bagaimana mesin mereka hendak ditunggang, bukannya bagaimana pelumba mahu menunggang motosikal mereka.

2. Jarak brek dan berhenti yang lebih jauh

Jarak membrek boleh menjadi lebih jauh, memandangkan cara sistem ABS beroperasi. Jadi sekali lagi, tanggungjawab untuk membrek kembali kepada penunggang dan pasukan mereka.

3. Untuk melarang pembangunan berlebihan

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, ramai orang dalam MotoGP berkata bahawa Dorna dan FIM tidak mahu kilang-kilang membangunkan teknologi ABS ke tahap di mana pembangunan memerlukan kos yang terlalu tinggi, yang bertentangan dengan hasrat Dorna untuk mengurangkan kos agar lebih banyak pengeluar akan menyertai perlumbaan. Sistem brek karbon-karbon MotoGP sudah pun berharga USD20,000.

Jadi, itulah sebab-sebabnya mengapa ABS tidak dibenarkan dalam MotoGP.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan