Bikesrepublic

Kita Akan Panggil Ketua Kelab Kereta – Polis Seremban

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil sekumpulan pemilik kereta Honda selepas didapati berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai menerusi perkongsian yang tular di laman sosial.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, selepas pihaknya mengesan perkongsian di media sosial yang menunjukkan sebuah kelab kereta berhimpun di lorong kecemasan di lebuh raya terbabit pada Sabtu lalu.

Menurut Fazley, polis Seremban akan memanggil ketua kelab sementara 48 kereta yang berkumpul juga telah dikenal pasti.

“Untuk permulaan kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita dah kenal pasti 48 kereta setakat ini. Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” jelasnya.

Tambah Fazley lagi, kesemua individu terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Pada masa sama, Fazley memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menilai cadangan untuk menyelaraskan tempat untuk tujuan bergambar.

“Lebuhraya Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit tetapi tindakan mengambil gambar seperti yang tular itu boleh mengundang bahaya,” tambahnya. – HM

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube