Bikesrepublic

KLBS’23: CFMOTO 800NK Kini Di Malaysia – Enjin LC8c, 95HP, RM38,888

CFMOTO Malaysia dengan rasminya melancarkan CFMOTO 800NK untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM38,888 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Malaysia menjadi negara Asia Tenggara kedua selepas Filipina yang menerima motosikal naked sport tersebut. 

CFMOTO 800NK merupakan antara model yang paling ditunggu-tunggu, ekoran dikuasakan enjin parallel-twin 799cc LC8c yang sama terdapat pada KTM 790 Duke dan Adventure. 

Menurut CFMOTO Malaysia, enjin LC8c itu telah ditala semula dan kini  menawarkan 95hp dan 81Nm dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 220km/j. Hanya seberat 185kg, CFMOTO 800NK ini ternyata ringan seangkatan motosikal jenama premium dan mewah yang ada dalam pasaran. 

Dalam pada itu, antara kelengkapan premium ditawarkan termasuk suspensi KYB (Kayaba) boleh laras di bahagian depan dan belakang, lampu LED penuh, panel meter TFT 8-inci dan kaliper brek J.Juan. 

Untuk rekod, CFMOTO 800NK dibangunkan daripada model konsep NK-C22 yang diperkenalkan dua tahun lalu. Apa yang mengagumkan, perubahan yang dilakukan pada model ‘production’ hanyalah ‘swingarm’ yang beralih dari ‘single-sided’ kepada jenis konvensional. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan