Bikesrepublic

KLBS’23: Scrambler-Mini Brixton CrossFire 125 XS Lancar Hujung Minggu Ini

]MForce Bike Holdings Sdn Bhd merupakan antara pengedar motosikal yang bakal memeriahkan acara Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23) yang akan berlangsung dari 24 hingga 27 Ogos ini di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL). 

Ini kerana syarikat itu akan menawarkan pelbagai model baharu dan terkini antaranya dari QJMotor, Benelli, WMOTO, Keeway, Moto Morini serta jenama baharu MBP Moto. 

Menariknya, MForce akan turut melancarkan model baharu dari jenama Brixton Motorcycles menerusi Brixton CrossFire 125 XS, sebuah motosikal scrambler-mini serba baharu untuk pasaran tempatan. 

Perkara itu diumumkan menerusi perkongsian ‘teaser’ terbaru di media sosial. 

Motosikal mini itu telah pun membuat penampilan ketika pelancaran Brixton Cromwell 1200 sebelum ini namun KLBS’23 bakal menjadi platform pelancaran rasmi model terbabit. 

Untuk rekod, CrossFire 125 XS itu dikuasakan enjin satu silinder 125cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menghasilkan 11hp pada 8,500rpm dan 9.6Nm pada 6,500rpm.

Selain tampil dengan reka bentuk unik, model ini juga menawarkan kelengkapan moden termasuk cakera brek depan dan belakang dengan sistem CBS (combine brake system), fork USD, monoshock dan tayar 12-inci depan dan belakang. Menariknya dengan kapasiti tangki 11L dan ketinggaian tempat duduk 760mm menjadikan model ini cukup sesuai sebagai motosikal ‘entry-level’ bagi pengguna baharu. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk lampu LED penuh dan panel meter digital. 

Laporan penuh mengenai model ini akan kami bawakan dari KLBS’23 hujung minggu ini. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan