Bikesrepublic

KLBS’23: Suzuki Malaysia Pamer V-Strom 250SX – Lancar Tahun Ini, Anggaran RM18k

Bagi yang hadir ke Kuala Lumpur Bike Show 2023 wajib singgah di ‘booth’ Suzuki Malaysia kerana mereka menyajikan pratonton khas beberapa model baharu yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. 

Bagaimanapun, model yang paling mencuri tumpuan adalah Suzuki V-Strom 250SX yang disahkan akan dipasarkan di Malaysia pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian. Menurut info yang kami perolehi, motosikal ‘adventure’ 250cc itu dijangka akan dilancarkan lewat tahun ini. 

Menariknya, kami juga diberitahu bahawa V-Strom 250SX itu akan dipasarkan sekitar RM18 ribu. Sekiranya benar, kami menjangkakan model ini akan menjadi antara yang popular di Malaysia apatah lagi terdapat permintaan tinggi terhadap jentera ‘adventure’ ketika ini. 

Untuk rekod, V-Strom 250 SX dikuasakan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve F1 yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm. Kuasa enjiin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Menariknya, V-Strom SX ini juga mengikut acuan rekaan seakan ‘abang besar’ V-Strom 1050 XT.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan teleskopik
  • suspensi bekalang tungga
  • cakera brek depan dan belakang
  • tayar 100/90-19 depan
  • tayar 140/7-17 belakan
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • jarak kelegaan tanah 205mm
  • berat 167kg
  • lampu LED penuh

Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik menarik antaranya Suzuki Ride Connect Edition dengan fungsi ‘Bluetooth’ serta Suzuki Easy Start System yag memudahkan enjin dihidupkan.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan