Bikesrepublic

Konvoi “Udang Galah Ride” Harley-Davidson Owners Group PJ (HOGPJ)

  • Kumpulan pemilik Harley-Davidson Petaling Jaya, HOGPJ, telah menganjurkan satu tunggangan bagi menikmati satu hidangan yang istimewa pada hujung minggu lalu.
  • Hampir 100 orang peserta telah menyertai satu konvoi ke Segamat, Johor yang terkenal dengan udang galah.
  • Tunggangan kali ini telah dikawal selia dengan mahir sekali dari awal sehingga ke penghujungnya.

Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) dan kumpulan penunggang mereka, Harley Owners Group PJ (HOGPJ) semakin giat menjalankan pelbagai aktiviti.

Para pemilik motosikal Harley-Davidson sentiasa boleh mengharapkan pelbagai aktiviti menyeronokkan yang dianjurkan oleh HOG dan wakil pengedar rasmi mereka. Setakat ini, telah ada pelbagai konvoi yang telah diadakan oleh HDPJ yang bertapak di The Gasket Alley.

Sebagai penunggang di Malaysia, ada dua perkara yang amat kita gemari: Motosikal dan makanan.Dan oleh kerana itu, HOGPJ telah menganjurkan satu konvoi “food ride” pada hujung minggu lalu. Diberi nama “HOGPJ Udang Galah Ride”, para peserta telah menunggang menuju ke pekan Segamat di Johor yang cukup terkenal dengan udang galah.

Pihak penganjur telah mensasarkan kehadiran seramai 75 orang peserta, namun, jumlah itu telah meningkat sehingga hampir 100 orang peserta sejurus sebelum taklimat sebelum permulaan penunggangan. Walaupun kebanyakan penunggang yang hadir berpengalaman dalam penunggangan berkonvoi, para marsyal HOG sedar yang mereka ada tugas yang besar di hadapan mereka dan mereka memandang berat akan tanggungjawab tersebut. Sesungguhnya Harley-Davidson dan HOG cukup terkenal dengan konvoi mereka yang amat teratur.

Setelah selesai taklimat para marsyal, tiba giliran penunggang pula. Taklimatnya cukup terperinci berbanding konvoi-konvoi yang pernah kami liputi sebelum ini, namun, perbezaan utamanya adalah sewaktu Ketua Marsyal mengetuai para peserta dalam satu sesi pemanas badan. Mereka telah memberi bimbingan dalam beberapa latihan regangan dan penafasan.

Dari HDPJ mereka telah menuju ke kawasan RnR Ayer Keroh bagi membolehkan motosikal Sportster membuat isian semula. Para peserta kekal berdisiplin dan mengikut etika konvoi yang telah disyorkan HOG.

Isian semula merupakan satu proses yang pantas, di mana para marsyal menggunakan gaya isian semula “pit stop”: Pemilik meninggalkan jentera mereka di bawah jagaan para marsyal, dan mereka pergi membayar jumlah petrol, kemudiannya para marsyal akan membuat isian semula.

Kami meneruskan perjalanan ke Segamat setelah keluar Lebuh Raya Utara-Selatan di pintu keluar Tangkak. Halajunya cukup baik sekali kerana ia memastikan kami berasa nyaman walaupun di bawah terik matahari. Kami juga telah diiringi oleh Polis Trafik, dan dengan itu, kami tidak perlu berhenti di bawah panas bahang mentari hari itu. Kami telah dimaklumkan sewaktu taklimat bahawa HOG senantiasa memaklumkan pihak polis akan acara konvoi mereka sebelum ianya diadakan.

Kami tiba di Restoran RZ tepat pada waktu makan tengahari. Para peserta telah memarkir motosikal dengan segera bagi mengelakkan berada di bawah panas terik matahari dengan terlalu lama dan telah menikmati minuman sejuk yang telah disediakan.

Restoran tersebut telah pun siap menghidangkan jamuan kami di bahagian berhawa dingin, antaranya adalah menu utama hari itu, udang galah, yang tampil dengan gaya goreng, sambal, dan masak lemak, hidangan sayuran yang banyak, ayam goreng yang rangup, ikan goreng, dan bermacam-macam lagi. Beberapa orang rakan penulis yang juga penunggang Harley pernah berkata bahawa mantra tidak rasmi HOG Malaysia ialah “Eat to Ride, Ride to Eat”, yang mana ianya sudah pasti atas sebab cinta kita pada makanan yang sedap, dan kesungguhan untuk menunggang ke tempat yang jauh semata-mata untuk menikmati makanan yang teramat lazat.

Kami menunggang kembali mengikut laluan yang sama selepas selesai makan tengahari dan telah mengadakan sesi bergambar. Sekali lagi, kumpulan ini telah memastikan formasi mereka sekemas mungkin di atas lebuh raya sehinggalah di kawasan RnR Seremban, di mana kami semua berpisah menuju destinasi masing-masing.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Harley-Davidson dan tentang Harley Owners Group PJ, Sila layari laman Facebook rasmi HDPJ, atau, kunjungi mereka di lokasi di bawah.

Galeri Gambar

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan