Bikesrepublic

KTM 200 Duke 2023 Dikemas Kini Dengan Lampu LED

Motosikal 200cc popular, KTM Duke 200 akhirnya dikemas kini dengan lampu LED bagi tahun 2023 sekaligus melunaskan permintaan orang ramai yang mengharapkan ciri itu diperkenalkan pada jentera tersebut. 

Kemas kini terbaru itu sekaligus menjadikan 200 Duke tampak lebih moden seperti keluarga 390 Duke. 

Meskipun naik taraf terbaru ini tampak kecil namun besar impaknya dalam menonjolkan lagi rupa paras 200 Duke. Ini kerana penggunaan lampu halogen sebelum ini tidak selari dengan reka bentuk moden yang ada pada KTM 200 Duke. 

Selain itu, LED juga menawarkan pencahayaan yang lebih baik terutamanya di waktu malam sepertimana yang terdapat pada 390 Duke. 

Dari segi prestasi enjin, KTM 200 Duke masih lagi dikuasakan enjin satu sulinder 199cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 25hp pada 10,000rpm dan 19Nm pada 8,000rpm. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan