KTM 250 Duke (2024) turut dilancarkan di Malaysia, bersama KTM 390 Duke (2024). Dan seperti abangnya 390 Duke yang lebih besar, Duke 250 juga melihatkan banyak kemas kini untuk menjadikannya hampir sebuah motosikal yang baharu sama sekali.
Ciri-ciri KTM 250 Duke (2024)
- Bermula dengan enjinnya, ia tidak melihatkan peningkatan kapasiti kerana ia pun sudah berada di tahap 249cc, tidak seperti 390 Duke baharu.
- Dimensi enjin kekal sama, seperti juga penghasilan kuasa maksimum 30.8 hp (23 kW) dan tork 25 Nm, walaupun ia mematuhi piawaian Euro 5.2.
- Klacnya menggunakan sistem KTM’s PASC (Power Assist Slipper Clutch), yang telah dinaik taraf daripada klac slipper tanpa fungsi power assist.
- Enjinya dipasang di dalam kerangka trellis keluli yang sinonim dengan KTM, dengan subframe (frem belakang) yang diikat kepadanya.
- Suspensi depan menggunakan fork WP APEX big piston 43mm jenis terbalik tanpa ciri penyelarasan.
- Monoshok belakang kini dipasang di sebelah kanan kerangka dan ia hanya boleh dilaras untuk prabeban.
- Lengan ayun aluminium baharu yang melengkung bagi memasang monoshok itu, dan memanjangkan sedikit jarak roda belakang.
- Brek depan menggunakan cakera 320mm tunggal, dengan kaliper brek empat piston.
- Brek belakang menggunakan cakera 240mm dan kaliper 2-piston terapung.
- Oleh kerana ia menggunakan subframe baharu, pelana-pelana motosikal ini direka semula agar ia lebih selesa, khususnya bagi pembonceng.
- Pelana penunggang boleh diubah ketinggiannya samada 800mm atau 820mm.
- Lampu depannya turut direkabentuk semula kepada seakan bentuk lampu depan 390 Duke, tetapi ia tidak mempunyai ciri DRL.
- Semua lampu merupakan LED.
- Rekabentuk KTM 250 Duke (2024) menggunakan elemen seperti semua model di dalam banjaran Duke seperti penutup sisi tangki dan panel di belakang.
- Ciri-ciri elektronik termasuk skrin LCD 5-inci yang baharu dengan ciri pautan kepada telefon pintar.
KTM 250 Duke (2024) dijual pada harga bermula RM 22,500 dengan ciri Quickshifter+.