Bikesrepublic

KTM 390 Enduro Dikesan Jalani Ujian, Lancar 2023?

KTM 390 Adventure merupakan antara motosikal bawah 500cc yang cukup popular masa kini.

Manakan tidak, motosikal segmen ADV itu bukan sahaja tampil dengan harga mampu milik malah dilengkapi ciri yang premium setaraf dengan motosikal berkuasa tinggi.

Motosikal tersebut turut popular di Malaysia sejak diperkenalkan pada hujung tahun 2020 dengan harga RM30,800.

Bagaimanapun, KTM dijangka akan memperkenalkan sebuah lagi varian 390 Adventure, yang didakwa sebagai 390 Enduro – atau mungkin 390 Adventure R – selepas jentera itu dikesan menjalani ujian di Eropah, seperti yang dilaporkan media UK, Visordown.

Berdasarkan gambar dikongsikan, jelas menampakkan sebuah motosikal yang mirip 390 Adventure namun dengan beberapa ciri berbeza.

Berbanding 390 Adventure yang menampilkan jentera untuk kegunaan jalan raya dan ‘off-road’  ringan, 390 Enduro ini pula menggayakan ciri yang lebih lasak.

Walaupun berkongsi kerangka sama seperti 390 Adventure namun bahagian swingarm tela direka semula namun tidak dapat dipastikan sama ada penggunaan swingarm baharu itu akan dikekalkan atau tidak.

Model akan datang ini juga kelihatan dilengkapi dengan pelindung enjin baharu.

Bagaiamanapun, perbezaan paling ketara adalah penggunaan rim depan berukuran 21-inci berbanding 19-inc pada KTM 390 Adventure. Model baharu ini juga mengguna pakai rim jenis spoke berbanding aloi sekaligus meningkatkan tahap keupayaan ‘off-road’. – Visordown

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan