Bikesrepublic

KTM Malaysia Rasmikan KTM 200 Duke 2021 – RM12,888!

Jenama motosikal Austria, KTM, melancarkan 200 Duke 2021 untuk pasaran Malaysia menerusi pengedar rasmi, Eurotech Wheels.

Bagi 2021, 200 Duke kekal menawarkan enjin 199.5cc satu silinder DOHC yang menawarkan 26hp pada 10,000rpm dan 19.4Nm pada 8,000rpm yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Bagaimanapun, bahagian lampu depan telah dinaik taraf berbanding model sebelumnya.

Menurut KTM Malaysia, motosikal segmen ‘naked’ ini juga menawarkan tangki 13.4L serta hanya seberat 129.5kg (kering), 4 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Pengurangan berat itu dibantu oleh kerangka tubular dan sistem ekzos yang lebih ringan.

Bukan itu sahaja, model 2021 ini juga tampil dengan pelbagai kemas kini terbaru antaranya penggunaan fork depan 43mm jenis ‘upside-down’serta penyerap hentakan tunggal belakang dari WP yang terbukti menawarkan kawalan yang lebih efisien.

Manakala sistem membrek dikendalikan kaliper brek ByBre 4-pot dengan cakera brek 300mm depan serta kaliper ByBre satu pot belakang dengan cakera 230mm serta dibantu teknologi Anti-lock Braking System (ABS) satu saluran dari Bosch.

Selain daripada menawarkan paparan jenis digital LCD sepenuhnya, model ini juga didatangkan dengan rim 17″ serta 800mm ketinggian tempat duduk.

Orang ramai yang berminat boleh kunjungi pengedar KTM terdekat dan dapatkan KTM 200 Duke ini pada harga RM12,888!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube