Bikesrepublic

Kuala Lumpur Mengalami Banjir Kilat

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 8.30 pagi tadi. Hujan itu telah menyebabkan Sungai Batu, Sungai Klang dan Sungai Gombak melimpah.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kawasan terjejas ialah Jalan Pantai Baharu, Jalan Parlimen (Bulatan Dato’ Onn) dan Jalan Kinabalu.

“Kawasan lain yang terjejas ialah Jalan Maharajalela, Jalan Travers, Jalan Damansara (bawah jejambat Semantan), Jalan Ledang, Jalan Segambut dan Jalan Genting Klang berdepan Shell dan berhadapan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sultan (Petaling Street).

“Kejadian itu berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi iaitu melebihi 60 milimeter (mm) per jam yang mana bacaan hujan di stesen hujan pusat bandar melebihi 114 mm per jam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, petugas DBKL turun ke lapangan bagi memastikan situasi di kawasan itu dalam keadaan terkawal.

“Kerja itu termasuk penyuraian trafik bagi membantu melancarkan pergerakan aliran trafik.

“Setakat jam 10.45 pagi tadi, semua laluan utama di pusat bandar sudah dibuka kecuali di Jalan Rahmat ditutup satu hala,” katanya.

Katanya, DBKL juga mengaktifkan dua pam statik di Jalan Sultan Azlan Shah.

Untuk rekod, lokasi di sekitar Bulatan Dato’ Onn dinaiki air dan DBKL bertindak membawa masuk tiga pam mudah alih bagi menyedut air bertakung yang menyebabkan keadaan kembali normal sekitar jam 9.18 pagi tadi.

Kerja pembersihan di sekitar Jalan Parlimen selesai dilaksanakan DBKL, manakala kerja pembersihan di Jalan Sultan masih berlangsung.

Berdasarkan tindakan proaktif diambil DBKL, majoriti kawasan terbabit dapat dikawal dan air bertakung surut dalam tempoh 30 minit.

Susulan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube