Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan Ujian Rasmi MotoGP Sepang yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 12 Februari ini.
Penonton boleh menyaksikan pelumba seperti Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia dan Marc Marquez serta jentera 2023 masing-masing secara percuma di Main Grandstand.
Dalam pada itu, mereka yang telah membeli tiket Grandstand berpeluang sertai aktiviti Pit Lane Walk yang dijadualkan berlangsung pada 10 Februari (Jumaat) dari jam 6.30 hingga 7.30 petang.
Sementara itu, tapak letak kereta premium juga disediakan dengan bayaran RM10 bagi kereta dan RM5 bagi motosikal di Mall Area – berhampiran dengan Main Grandstand. Bayaran RM5 pula dikenakan pada kereta dan RM2 pada motosikal yang mahu meletakkan kenderaan di P SIC dan PX.
Bagaimanapun, tiada bayaran dikenakan pada kawasan parkir lain.
Dalam perkembangan sama, SIC memaklumkan bahawa diskaun ‘early bird’ sebanyak 15 peratus ditawarkan bagi pusingan GP Malaysia 2023 yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 November 2023.
Senarai harga tiket bagi GP Malaysia 2023 adalah seperti berikut:
- RM122.20 (F Grandstand)
- RM175.30 (K1 Grandstand)
- RM293.30 (Main Grandstand)
- RM361.30 (Marc Marquez Tribune)
- RM433.50 (Premier Roving)
- RM544.00 (Premier Seat)
Orang ramai yang berminat untuk menikmati diskaun ‘early bird’ boleh layari www.sepangcircuit.com untuk membuat pembelian.