Lelaki dalam video yang tular di media sosial gara-gara menunggang motosikal tanpa memakai helmet telah dikenakan tindakan.
Perkara itu disahkan pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerusi perkongsian terbaru di Facebook.
Difahamkan, lelaki tersebut telah hadir ke Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee dengan motosikal yang terlbat dalam video berdurasi 11-saat itu.
Akibat daripada tindakan tersebut, pihak JSPT KL telah mengeluarkan tiga surat saman atas tiga kesalahan iaitu tidak memakai topi keledar, ubahsuai ekzos dan menggunakan nombor plat ‘fancy’.
Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga mengeluarkan satu saman atas kesalahan bunyi bising yang melebihi had dibenarkan.
Kes video tular di media sosial itu telah pun dianggap selesai. – JSPT KL