Bikesrepublic

Lifan Lancar ‘Cruiser’ LF600 Di China – Enjin V-Twin, 58HP

Bagi pasaran Malaysia, jenama Lifan mungkin lebih terkenal sebagai pembekal enjin motosikal namun syarikat berpangkalan di China itu juga mempunyai barisan model motosikal tersendiri. 

Untuk rekod, jenama Lifan juga memasuki Malaysia menerusi MForce Bike Holdings yang memasarkan Lifan KPV150 (yang dijenamakan semula sebagai WMoto Xtreme 150i). 

Terbaru, Lifan telah melancarkan motosikal jenis ‘cruiser’ yang dikenali sebagai LF600 di China. 

Menurut maklumat yang diperolehi, Lifan LF600 ini dikuasakan enjin V-Twin 573cc dengan penyejukan air dan suntikan bahan api yang berupaya menjana 58hp dan 55Nm. Meskipun agak berat dengan 233 kilogram namun Lifan mendakwa enjin tersebut mempunyai kuasa yang cukup untuk memacu LF600 mencapai kelajuan maksima sekitar 165km/j. 

Dalam pada itu, LF600 ini juga dilengkapi dengan ciri moden antaranya kaliper brek J.Juan yang dipadankan bersama sistem ABS dwi-saluran. Model ini juga didatangkan dengan fork depan jenis USD boleh laras dengan monoshock di belakang. 

Ciri lain ditawarkan termasuk rim 19-inci depan dan 16-inci belakang, pencahayaan LED penuh dan panel meter digital. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube