Bikesrepublic

Lifan Sertai Segmen ADV Dengan KPT 400 – 42hp, 35Nm

Nama Lifan mungkin tidak sepopular jenama terkemuka lain namun pengeluar motosikal China ini sudah lama bertapak di pasaran motosikal dunia.

Di pasaran Eropah, Lifan menawarkan pelbagai model motosikal terutamanya dengan kapasiti bawah 150cc manakala di Malaysia, jenama Lifan juga dipasarkan menerusi WMoto Xtreme 150i.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Lifan membuat keputusan untuk memasuki segmen 400cc dengan memperkenalkan motosikal jenis adventure.

Lifan KPT 400 merupakan percubaan sulung syarikat itu dalam memasuki segmen yang semakin popular dikalangan peminat motosikal.

Tampil dengan reka bentuk unik seakan menyamai Harley-Davidson Pan America 1250, model ini tampil dengan beberapa ciri menarik.

Lifan KPT 400 dikuasakan enjin parallel-twin 400cc yang mampu menjana 42hp pada 9,500rpm dan 35Nm pada 7,500rpm sekaligus berada dalam kelompok sama dengan KTM 390 Adventure.

Bahagian chasis pula mengguna pakai kerangka jenis steel trellis manakala tetapan suspensi datang dengan fork depan USD serta monoshock di belakang.

Sementara itu, brek dikendalikan kaliper dua piston berkembar di depan dan kaliper satu piston di belakang. Ciri menarik lain turut ditawarkan adalah paparan skrin TFT berwarna dengan fungsi Bluetooth, lampu LED penuh serta tangki 18.5L.

Spesifikasi ditawarkan sememangnya serba moden dan cukup menarik bagi yang mencari model ADV dengan harga mampu milik.

Sekiranya Pan America terlalu mahal mungkin boleh pertimbangkan versi Pan Asian ini pula.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan