Bikesrepublic

Lima Penunggang Muda Terpilih Untuk Program SIC “Impian ke MotoGP”

  • Lima penunggang muda telah terpilih untuk program “Impian ke MotoGP”, sebuah program yang dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
  • Penunggang yang berusia dari 13 hingga 15 tahun tersebut akan menjalani regimen latihan intensif yang diketuai oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin.
  • Dua penunggang terbaik akan diberikan peluang untuk bertanding di dalam siri perlumbaan FIM CEV Repsol Sepanyol dan juga Asian Road Racing Championship (ARRC) beserta dengan Malaysia Superbike Championship (MSC).

Daripada ratusan yang telah memohon untuk menyertai program “Impian ke MotoGP” yang telah dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang, 40 individu yang berkelayakan telah dipilih bagi proses pemilihan beberapa hari yang lalu di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang.

Pada penghujung hari tersebut, lima penunggang muda telah dipilih sebagai peserta akhir di mana mereka bakal menjalani satu regimen latihan intensif yang diketuai oleh bekas penunggang siri perlumbaan Moto3 dan kini bersaing sebagai penunggang siri WorldSSP, Zulfahmi Khairuddin. Latihan ini juga akan dikendalikan dengan bantuan seorang lagi tokoh perlumbaan terkenal negara, Ahmad Zamani Baharuddin.

Kelima-lima penunggang tersebut terdiri daripada Muhamad Harith Haziq Zamri, 13 tahun, Daniel El Fahim Harris El Hadi, 14 tahun, serta tiga penunggang berusia 15 tahun iaitu Muhammad Idil Fitri Mahadi, Muhammad Izam Ikmal, dan Mohd Danial Syami Ahmad Shahril. Dua penunggang terbaik dari program berkenaan bakal diberikan peluang untuk berlumba di dalam kategori Moto3 FIM CEV Repsol di Sepanyol di mana ke semua penunggang muda paling handal seluruh dunia datang bertanding sebelum berpindah ke kelas yang lebih mencabar.

Selain daripada siri perlumbaan FM CEV Repsol di Sepanyol itu, kedua-dua orang penunggang ini akan juga mendapat peluang untuk membuktikan kemampuan mereka di Asian Road Racing Championship (ARRC) dan juga di Malaysia Superbike Championship (MSC) dalam kategori 250cc pada tahun ini. Tiga penunggang yang lain akan diserapkan ke dalam siri perlumbaan Malaysian Cub Prix di bawah naungan SIC.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato’ Razlan Razali, “Ke semua mereka akan diuji dari segala segi aspek, termasuklah kemahiran menunggang, kecergasan, dedikasi serta komitmen sebelum Fahmi dan Zamani memilih dua penunggang terbaik bagi mewakili SIC dalam kejohanan dunia CEV,”

Tujuan utama program ini adalah untuk membangunkan bakat muda bertaraf dunia seperti Zulfahmi. Pendaftarannya telah dibuka di atas talian internet pada bulan Disember yang lalu di mana para pelumba muda yang berpotensi berumur di antara 13 hingga 16 tahun menjalani proses pendaftaran.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, layarilah laman sesawang rasmi Litar Antarabangsa Sepang.

Sumber: SIC

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube