Bikesrepublic

Litar Sepang Jadi Saksi Ketibaan Ferrari 296 GTS Di Malaysia – RM 1.4 juta

Beberapa bulan selepas diperkenalkan secara global, Ferrari 296 GTS – 296 GTB versi ‘convertible’ – akhirnya tiba di Malaysia dengan majlis pelancaran berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

Ferrari 296 GTS itu merupakan model ‘spider’ Ferrari hibrid pertama di Asia Tenggara dan dijual pada harga RM1.4 juta (tidak termasuk duti, cukai dan insurans).

Model 296 GTS 2022 itu adalah model terbaru yang menampilkan ‘mid-rear engine’ Berlinetta Spider seperti 296 GTB.

Menghasilkan 663hp, motor elektrik sokongan pula menjana lebih 163hp dan kali pertama diperkenalkan pada 296 GTB.

Hasilnya, Ferrari 296 GTS ini merupakan enjin 6-silinder sulung yang dipasang pada sebuah model Spider yang mampu menghasilkan 830hp.

Segala kuasa kemudiannya dikawal dengan transmisi dual klac (DCT) 8-kelajuan dengan E-Diff.

Menurut Ferrari, sistem hibrid plug-in (PHEV) pada 296 GTS ini menawarkan praktikaliti dan respon pedal yang lebih efisien.

Semasa dalam mod elektrik sepenuhnya, 296 GTS ini boleh dipandu sejauh 25km.

Sementara itu, bahagian bumbung pula hanya memerlukan 14 saat untuk dibuka pada kelajuan 45km/j.

Menurut pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia, Naza Italia, setiap pembeli 296 GTS ini disertakan dengna pakej Program Penyelenggaraan Tulen 7 tahun dengan servis berskala setiap 20,000km tanpa had perbatuan.

Menariknya, pakej ini juga sah diseluruh dunia.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube