Bikesrepublic

LLM Luaskan Larangan Kenderaan Berat Guna Lebuh Raya

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluaskan pelaksanaan larangan kenderaan berat menggunakan lebuh raya pada waktu puncak di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang mulai 19 Februari ini.

Ia membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Ketua Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun berkata, pelaksanaan larangan itu diwartakan oleh kerajaan pada 21 Oktober tahun lalu dan salah satu inisiatif di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR).

Ia bertujuan melancarkan pergerakan trafik di kawasan Lembah Klang dan pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Kenderaan berat yang terbabit dalam pelaksanaan larangan ini adalah kenderaan motor Kelas 2 iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda kecuali bas.

Turut terbabit ialah kenderaan motor Kelas 3 iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih kecuali bas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, larangan dikecualikan bagi kenderaan berat yang terbabit dengan kerja-kerja pembersihan, pembuangan dan penghantaran sisa domestik, perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan serta kenderaan berat dengan kerja penyelenggaraan lebuh raya.

LLM menyeru semua pemilik dan pemandu kenderaan berat agar dapat mematuhi waktu larangan pergerakan kenderaan berat ini apabila ia mula dilaksanakan,” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan