Nak mulakan artikel pasal Brembo ni memang susah sikit sebab brand ni macam dah cukup famous tanpa perlu pengenalan panjang.
Brembo dah lama duduk kat paling atas dalam teknologi brek untuk semua kelas dan memang tahu apa yang terbaik untuk motosikal.
Company ni tak pernah berhenti inovasi, in fact banyak rider yang boleh berhutang budi kat Brembo sebab boleh jadi nyawa diorang pernah diselamatkan oleh produk Brembo, sekali, dua kali, atau lebih.
Dan inovasi terus berlanjutan untuk tahun 2024 dengan pengenalan dua calliper baru:
- GP4-MotoGP
Ni yang terbaru dalam keluarga GP4 dan boleh dapat dalam versi 100mm fixing dengan empat piston.
Brembo kata, GP4-MotoGP ni punya prestasi luar biasa yang dapat melalui pad slide yang bersudut, ni macam calliper MotoGP. Ini membolehkan brek lebih berkuasa tanpa perlu tekan lever dengan kuat. Katanya lagi, ada kesan anti-drag yang lebih besar dengan pelepasan pad serta pemakaian pad yang kurang.
Kalau korang tertanya-tanya kenapa design caliper nampak pelik sikit, nah, sirip ventilasi kat luar tu membantu menguruskan haba dan mengekalkan caliper dalam keadaan sejuk. Ada piston perlumbaan baru juga, yang ni juga perlu sejuk, yang mana dicapai melalui sirip ventilasi ni.
Memang la, cara terbaik nak sejukkan brek tu dengan gerakan motor, tapi sirip-sirip ni juga sejukkan caliper melalui pergerakan udara yang disebabkan oleh putaran cakera dan roda.
Tapi tak boleh nafi la, sirip-sirip tu juga buat caliper nampak gila cool.
Dan macam caliper Brembo yang digunakan dalam MotoGP dan SBK, caliper monoblok baru ni dibuat daripada sekeping aluminium padat.
Kelebihan utama buat dari padat ni adalah memberikan daya tahan yang lebih besar, bahkan dalam keadaan operasi yang ekstrem, dan ni meningkatkan prestasi keseluruhan sistem brek tanpa mengorbankan keboleh tahanan.
- Hypure
Dicipta khas untuk motosikal prestasi tinggi, Hypure ni kononnya ada prestasi yang tak tertandingi dan reka bentuk yang mengejutkan.
Hypure ni juga lebih ringan 10% berbanding caliper Brembo yang terdekat, menjadikannya caliper paling ringan dalam kelas dia.
Salah satu faedah utama Hypure ni adalah keupayaannya untuk memindahkan haba, yang membolehkan prestasi brek yang konsisten.
Sistem spring/pad/pin yang dipatenkan bersama dengan permukaan bearing yang direka khas antara caliper dan pad dikatakan dapat mengurangkan torkan sisa.
Kalau korang tertanya-tanya apa maksud Hypure, dikatakan mencerminkan semangat inovatif Brembo – Hyper dan Pure.
Tak pasti la moto apa yang akan pasang caliper ni terus dari kilang, tapi satu benda yang pasti, depa nampak gila cool.