Bikesrepublic

Yamaha Sedang Membangunkan Teknologi Laser Untuk Lampu Depan Moto!

Walaupun lampu laser dah wujud dalam dunia automotif selama lebih kurang sepuluh tahun, tapi hanta BMW pada 2016 dengan K1600GT yang bawakan lampu laser untuk motosikal, dan tu pun untuk kelas mewah je. 

Kelebihan teknologi ni memang terletak pada kedalaman cahaya yang dia hasilkan. 

Tapi masalahnya selama ni, kos pengeluarannya yang tinggi gila (yang juga kesan peluang nak ganti kalau motosikal mengalami kemalangan) dan berat yang agak mencanak, terutamanya kat bahagian ‘pinggir’ motosikal. 

Jadi, sampai sekarang, semua pengeluar motosikal utama lebih cenderung guna teknologi lampu LED je, sebab lagi murah, ringan, dan dah memadai.

Tapi tiba-tiba Yamaha baru-baru ni daftar beberapa paten yang boleh mengubah teknologi lampu laser ni jadi lebih menarik. 

Bayangkan la lampu laser boleh tambah kedalaman cahaya sampai kira-kira 600 meter, jauh lebih jauh berbanding teknologi lain. Konsep dia simple tapi kreatif. 

Kalau masalahnya ialah berat dan kos setiap bulan laser, Yamaha ni dah paten satu sistem di mana satu laser je dipasang kat tengah-tengah motosikal, dekat dengan pusat graviti motosikal tu. Lepas tu, sambungan optik bawa cahaya ke setiap bahagian motosikal, macam lampu depan, lampu belakang, penunjuk arah, dan meter dashboard. 

Semua benda yang perlu diterangi, samada untuk kegunaan atau untuk terangi jalan, boleh bergantung pada penjana cahaya yang sangat berkesan dan efisyen ni.

Walaupun kemungkinan besar sistem pencahayaan masa depan akan guna campuran LED dan laser untuk gabungkan keberkesanan jarak dekat LED dengan kedalaman tindakan laser yang hebat, manfaatnya tak hanya pada peningkatan kecekapan sistem sebenarnya. 

Sebenarnya, ada peluang betul untuk menghadkan berat keseluruhan motosikal, terutamanya di kawasan jauh dari pusat graviti, dengan faedah dalam pengendalian dan prestasi keseluruhan motosikal.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan