Bikesrepublic

Marc Marquez Duta Baru Tissot!

  • Juara dunia MotoGP empat kali, Marc Marquez, adalah duta baru Tissot.
  • Marquez telah dipilih sebagai wakil terbaru bagi pembuat jam dari Switzerland kerana keazaman, semangat juang dan hasil usahanya.
  • Jam rasmi MotoGP terkini yang dihasilkan untuk Marquez adalah Tissot T-Race Marc Marquez 2018.

Penunggang handalan pasukan Repsol Honda, Marc Marquez, yang juga merupakan juara dunia MotoGP sebanyak empat kali telah dipilih sebagai duta terkini Tissot, pembuat jam terkenal dari Switzerland. Penunggang berusia 25 tahun dari Sepanyol yang telah memenangi beberapa kejohanan itu telah terpilih untuk menyertai keluarga Tissot kerana kemahiran menunggangnya, kelincahannya yang menakjubkan, dan kesungguhannya untuk mencapai tahap yang terbaik.

Tissot adalah Penjaga Masa Rasmi bagi MotoGP di mana mereka dapat menentukan catatan masa penunggang sehingga ke 0.001 saat. Mereka telah menjaga catatan masa penunggang motosikal terhebat dunia sejak tahun 2001. Pada tahun 2004, mereka telah menghasilkan jam MotoGP mereka yang pertama, iaitu siri Tissot T-Race.

Mengikut Francois Thiébaud, Presiden Tissot, “Kami amat berbesar hati mengalukan Marc Marquez ke keluarga Tissot. Berkali-kali dia telah mempamerkan semangatnya untuk perlumbaan dan kesungguhanya untuk bekerja keras, kualiti yang kami utamakan di Tissot. Keluarga Tissot berkongsi semangat juang yang sama. Kami memandang berat akan hubungan kami dengan MotoGP dan tugas kami sebagai Penjaga Masa Rasmi, dan kami telah memperkukuhkan kerjasama tersebut melalui atlit yang berbakat seperti Marc Marquez.”

Marc Marquez pula telah menyatakan, “Saya berasa amat gembira dan berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Tissot. Saya berasa amat berbangga kerana dapat bersama jenama yang penting ini dengan sejarah yang panjang dalam Kejohanan MotoGP. Saya mempunyai kenangan yang indah atas jasa jam yang saya terima setelah mendapat ‘Pole Positions’ sejak tahun 2008. Saya ada satu koleksinya di rumah saya. Saya harap untuk memenangi lebih banyak jam selepas ini. Saya pasti Tissot dan saya akan terus bertambah baik lagi dan mengecapi lebih banyak kejayaan bersama.”

 

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jam Tissot T-Race Marc Marquez 2018 yang terkini, TEKAN SINI.

Sumber: MotoGP

MotoGP: Marquez Tetapkan Masa Terpantas Di Buriram pada Hari 2

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan