Bikesrepublic

Marc Marquez Hampir Pasti Sertai Gresini Racing?

Pengarah Urusan Ducati Corse, Gigi Dall’Igna telah mengakui bahawa Marc Marquez mahu beraksi dengan jentera Ducati.

Kenyataan Dall’Igna kepada Sky Italia itu secara tidak langsung mengesahkan bahawa juara dunia lapan kali itu mahu meninggalkan kem Honda hujung musim ini bagi menyertai adiknya Alex di Gresini Racing musim depan.

“Marc (Marquez) merupakan antara pelumba terhebat dalam sejarah. Jadi kesungguhannya untuk berlumba dengan mesin Ducati adalah sesuatu yang mengujakan.

“Dia telah memutuskan untuk meninggalkan Honda untuk beraksi dengan jentera Ducati,” ujar Dall’Igna.

Bagaimanapun, Dall’Igna menjelaskan senario itu masih belum rasmi dan terdapat beberapa aspek yang perlu diperincikan terlebih dahulu.

“Ini apa yang saya dengar tetapi buat masa ini belum ada pengumuman rasmi (tentang perjanjian dengan Gresini). Saya rasa masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan dan juga rumit untuk membatalkan perjanjian dengan Honda.

“Namun bagi pihak kami, perkembangan ini mengujakan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Dall’Igna menyifatkan pengurusan tidak risau sekiranya penyertaan Marquez akan mengganggu keseimbangan pasukan.

“Ini hanyalah sebahagian daripada ‘permainan’ MotoGP dan perkara itu terletak pada kami untuk menguruskan situasi itu (sekiranya berlaku),” ujar Dall’Igna lagi.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube