Bikesrepublic

WorldSBK: Marco Melandri Kekal Bersama Ducati Untuk 2018

 

  • Ianya telah diumumkan pada awal hari semalam yang penunggang WorldSBK, Marco Melandri akan meneruskan lagi kerjaya perlumbaannya dengan pasukan Aruba.it Racing Ducati untuk satu musim lagi pada tahun 2018.
  • Penunggang berusia 35 tahun dari Itali itu telah membuktikan kemampuannya sebagai penunggang di atas jentera Ducati 1199 Panigale R dengan penamat di atas podium yang konsisten serta dengan satu kemenangan perlumbaan pada musim ini.
  • Melandri kini sedang menduduki tempat ke-empat pada tangga kejuaraan WorldSBK 2017 dengan 189 mata; hanya 37 mata di belakang teman sepasukannya, Chaz Davies.

 

Berita baik dari dunia WorldSBK! Ianya kelihatan seperti pasukan Aruba.it Racing Ducati telah memutuskan untuk kekal bersama penunggang legenda dari Itali, Marco Melandri untuk semusim lagi. Melandri akan terus kekal bersama Chaz Davies bagi Kejohanan Dunia Superbike 2018.

Bekas juara GP 250cc itu telah membuat kemunculan semula yang mengejut ke arena WorlddSBK selepas musim yang mengecewakan dengan pasukan Aprilia dalam siri MotoGP. Setelah berehat dari perlumbaan selama 18 bulan, penunggang berusia 35 tahun dari Ravenna, Itali itu telah diambil oleh pasukan Aruba.it Racing Ducati dan keputusan semenjak waktu itu amat memberangsangkan.

Walaupun terdapat kesangsian pada umur Melandri yang semakin meningkat serta masa rehatnya yang panjang dari perlumbaan, dia telah membuktikan dirinya sebagai seorang penunggang yang berkebolehan dengan penamat di atas podium yang konsisten serta satu kemenangan perlumbaan di atas jentera sedia perlumbaan Ducati 1199 Panigale R.

Setakat ini, tampak seperti pasukannya itu cukup berpuas hati dengan prestasi serta kehadiran Melandri di garaj mereka. Walaupun setelah mengharungi masa yang sukar dalam kerjaya perlumbaannya, dia kini menduduki tempat ke-empat dalam tangga kejuaraan dunia WorldSBK dengan 189 mata; hanya 37 mata di belakang teman sepasukannya dari Britain.

“Saya berasa amat gembira kerana di beri peluang untuk memanjangkan lagi kerjasama professional ini, yang telah menandakan satu permulaan yang baru dalam kerjaya saya sebagai seorang penunggang,” ujar Melandri. “Bersama-sama dengan Ducati dan Aruba.it, kami telah mengecapi beberapa detik yang tidak akan mudah untuk dilupakan, walaupun pada masa-masa yang lain saya beranggapan yang tempoh rehat saya yang panjang telah memberi kesan pada prestasi kami, jadi saya pasti yang kami masih ada banyak ruang untuk membaiki diri.”

“Bagi mencapai matlamat ini, meneruskan kerjasama dengan pasukan yang sama  serta jentera yang sama memberikan peluang yang terbaik bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi. Saya sudah bersedia untuk menempuhi musim yang baru dengan lebih banyak pengalaman dan juga keyakinan, dan ianya satu cabaran yang membuatkan saya berasa amat gembira. Tetapi sebelum itu, kami perlu menamatkan kejohanan semasa dengan sebaik yang boleh. Dengan lima pusingan yang tinggal, kami sentiasa memberikan 100 peratus usaha dan akan menilai prestasi kami di penghujungnya.”

Teruakan kekal dengan MotoMalaya untuk perkembangan terkini WorldSBK.

Sumber: WorldSBK

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube