Bikesrepublic

Masa Moto2, Moto3 Catat Rekod Baharu dengan Tayar Pirelli

Pirelli telah mengambil alih tugas daripada Dunlop sebagai pembekal tayar eksklusif dalam kelas Moto2 dan Moto3 tahun ini, dan kedua-dua kelas telah menyaksikan rekod masa dipecahkan satu demi satu dengan serta-merta.

Pada GP Britain di litar Silverstone hujung minggu lalu, kemenangan Ivan Ortola adalah 53 saat lebih pantas secara keseluruhan, berbanding 2023. Ia bermaksud 3.5 saat lebih pantas setiap pusingan.

Kita harus ingat bahawa peningkatan 0.1 saat untuk setiap pusingan pun sudah agak besar pada tahap persaingan ini, apatah lagi 3.5 saat. Itu kerana 0.1 saat didarab dengan 15 pusingan (di Silverstone) bersamaan dengan pendahuluan 1.5 saat pada akhir perlumbaan.

Di dalam kelas Moto2 pula, kemenangan Jake Dixon ke atas Aron Canet juga memecahkan rekod. Masa keseluruhan beliau adalah 12.5 saat lebih pantas berbanding pada tahun 2023. Ia bermaksud 0.7 saat lebih pantas setiap pusingan, secara purata.

Malah, daripada 40 sesi Moto3 dan Moto2 setakat ini, 38 daripadanya menyaksikan masa yang lebih pantas berbanding ketika Dunlop menjadi pembekal.

Ia juga mengingatkan kita tentang apa yang dikatakan oleh Sam Lowes beberapa tahun sebelum ini semasa dia menunggang di dalam Moto2, ketika Honda menjadi pembekal enjin. Menurutnya, masa pusingan telah terbantut kerana tayar.

Melihat pencapaian seperti ini pada tahun pertama adalah sesuatu yang menakjubkan. Pirelli berkata mereka akan menggunakan data yang dikumpul tahun ini untuk membuat penambahbaikan selanjutnya untuk pusingan dan tahun-tahun seterusnya.

Walaupun kebanyakan peminat memberi perhatian kepada kelas MotoGP yang terulung, pertarungan sebenar adalah dalam Moto3. Kelas ini menampilkan beberapa pertarungan yang sengit seperti motong-memotong yang mendebarkan. Dan tayar baharu sudah tentu memberikan pelumba lebih cengkaman untuk berbuat demikian, yang akhirnya diterjemahkan kepada masa pusingan yang lebih pantas dan rekod baharu.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube