Bikesrepublic

Masalah kekurangan bekalan cip sedunia mungkin selesai dalam beberapa minggu

Industri otomotif sedunia telah menghadapi krisis kekurangan bekalan semikonduktor selama lebih kurang setahun, memberi impak kepada pengeluaran kenderaan terutamanya sejak permintaan makin bertambah.

Meskipun begitu, seorang ahli ekonomi meramalkan krisis ini akan sampai ke penghujungnya tak lama lagi.

Menurut Reuters, ketua ekonomi ING Greater China Iris Pang berkata China mungkin akan mengambil alih sedikit bebanan permintaan pengeluaran dari Taiwan, di mana pengeluaran kilang dan operasi pelabuhan telah dilanda ‘blackout’ dan langkah-langkah penjarakan sosial akibat pandemik Covid-19.

Oleh sebab itu, syarikat semikonduktor Taiwan juga telah meningkatkan pengeluaran di China.

“Produk domestik kasar (GDP) telah naik lima peratus sejak berlakunya kekurangan bekalan semikonduktor itu – syarikat semikonduktor Taiwan telah merancang dengan bagus dan membina kilang besar di China.

“Syarikat semikonduktor Taiwan sedang menyesuaikan pembuatan cip utk kenderaan, oleh itu masalah kekurangan cip untuk sektor otomotif mungkin boleh selesai dalam masa beberapa minggu, tetapi masalah kekurangan bekalan cip untuk barangan elektronik lain mungkin akan berterusan,” kata Pang.

Pang juga berkata kekurangan bekalan ini akan menjejaskan pengeluaran telefon pintar pula, melambatkan penghantaran model baru.

Anggaran Pang untuk industri otomotif sangat optimis, memandangkan pelbagai pihak lain menjangkakan masalah bekalan ini akan berterusan sehingga 2022.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan