Bikesrepublic

MBP C650V Bakal Dipasarkan Di Malaysia?

MBP (Moto Bologna Passione) merupakan jenama motosikal baharu yang telah ditubuhkan pada tahun 2022 oleh Keeway Motor Group yang juga merupakan anak syarikat kepada QJ Motor. 

Meskipun begitu, MBP adalah jenama dari Itali kerana berpangkalan di Bologna, Itali namun dengan kilang pembuatan di China bagi memastikan harga motosikal ditawarkan berada dalam kumpulan ‘mampu milik’. 

*MBP T1002V

Walaupun baru sahaja ditubuhkan namun MBP telah pun memiliki barisan model yang luas bermula dari 125cc hingga 1002cc. Tahun lalu, MBP curi tumpuan dengan melancarkan motosikal cruiser, MBP C650V dan C1002V dan model adventure T1002V.

Pelancaran C650V paling curi tumpuan kerana hadir dengan rekaan bukan sahaja agresif dan moden malah menampilkan elemen retro ala Harley-Davidson. 

*MBP C650V

Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan terdapat kemungkinan bahawa C650V ini akan turut dipasarkan di Malaysia. Berdasarkan pengetahuan kami, MBP bakal menembusi pasaran Malaysia menerusi pengedar rasmi yang akan diumumkan kelak. 

Sejauh manakah kebenaran itu akan dijawab tidak lama lagi. 

Dalam pada itu, MBP C650V tampil lebih  ‘sporty’ dan agresif berbanding Harley-Davidson Iron 883 terutamanya reka bentuk tangki yang dipadankan bersama ‘corong udara’ di bahagian kiri dan kanan.

Tidak lupa juga, C650V didatangkan dengan tayar gempal bersaiz 16-inci dan dipadang bersama rim jenis lidi (wire-spoked). Menariknya, pakej suspensi juga curi perhatian dengan fork depan jenis USD dari Kayaba dan penyerap hentakan berkembar belakang juga dari Kayaba.

Sistem brek pula terdiri daripada kaliper brek axial (berkembar) dari Nissin yang dipadankan bersama caker brek 300m depan dan 240mm (tunggal) belakang. Tidak lupa juga, C650V ini dilengkapi dengan ABS dwi-saluran. 

Sementara itu, MBP C650V ini juga lebih berkuasa berbanding Harley-Davidson Iron 883, dengan enjin V-Twin 647cc itu menghasilkan 68.4hp dan 61Nm. Enjin tersebut pula dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan dan menawarkan sistem penyejukan cecair. 

Tinjauan ke bahagian elektronik pula meletakkan C650V jauh mendahului Iron 883, terutamanya dengan kehadiran panel meter TFT 5-inci yang boleh disambung ke telefon pintar, sitem hidup tanpa kunci, serta lampu LED penuh. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube