Bikesrepublic

Mengapa Penting Untuk Ada Juruteknik Bertauliah Yang Menyelenggarakan Motosikal Anda

  • Mempercayakan motosikal anda kepada juruteknik bertauliah adalah satu tindakan bijak.
  • Ada mekanik “tradisional” di luar sana yang hebat, tetapi, motosikal masa kini semakin rumit.
  • Juruteknik bertauliah akan mendapat latihan rasmi, berdisiplin, dan berpengetahuan.

Sebelum kita bermula, pastinya anda pernah mengalami pengalaman ngeri melawat bengkel motosikal yang teruk. Sudah bertahun anda menunggang motosikal, pasti ada sahaja yang akan memeranjatkan anda.

Sila tekan pautan di sini untuk membaca mengenainya.

Seperti yang telah kami sebut sebelum ini, ada mekanik yang hebat di luar sana. Otai-otai ini mula belajar mengenai penyelenggaraan dan membaiki motosikal dari usia yang amat muda. Bagaimana pun, kunci kelestarian perniagaan mereka bukannya kerana mereka menawarkan alat ganti dan aksesori dengan murah, tetapi, ianya kerana semangat mereka dalam mengikuti cara kerja bengkel dan teknik yang betul. Kunjungilah salah satu daripadanya dan anda pasti akan ternampak buku panduan bengkel yang bagus di pejabat mereka.

Tetapi, bagaimana pula dengan generasi yang lebih muda yang baharu menyertai dunia pekerjaan? Ianya bagaikan satu nafas yang segar apabila TOC Automotive College melancarkan Kursus Juruteknik Superbike mereka beberapa minggu yang lalu.

Bagi menyegarkan semula ingatan, TOC Automotive College (TOC) telah melancarkan Kursus Juruteknik Superbike mereka. Juga sewaktu pelancarannya, TOC telah menandatangani satu perjanjian dengan MMSDA (Malaysian Motorcycle and Scooter Dealers Association). Sebagai rumusannya, perjanjian ini akan membolehkan para pelajar Kursus Juruteknik Superbike TOC dihantar ke bengkel di bawah naungan MMSDA bagi menjalani latihan industri sebagai sebahagian daripada kurikulum mereka dan sebagai tempat kerja pertama mereka sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian.

Encik Wee Hong, Pengerusi MMSDA, menegaskan yang adanya keperluan untuk juruteknik yang berkelayakan di bengkel-bengkel ahli mereka. (Sila tekan pautan di bawah.)

https://www.bikesrepublic.com/2018/05/04/kolej-automotif-toc-lancarkan-kursus-juruteknik-superbike/

Jadi, mengapa ada lebih banyak keperluan untuk juruteknik yang berkelayakan berbanding mereka yang belajar sendiri? (Sekali lagi kami tegaskan, tidak semua mekanik yang belajar sendiri teruk.)

Manfaat adanya juruteknik bertauliah menyelenggarakan motosikal kesayangan anda adalah:

  • Cara kerja bengkel yang betul seperti menggunakan peralatan yang betul untuk setiap tugas. Sebagai contoh, menggunakan perengkuh tork dan bukannya mengetuk dengan ‘pneumatic impact driver’.
  • TOC, sebagai contoh, memerlukan pelajar untuk mencapai markah 80% untuk lulus bagi setiap subjek. Ini bermakna graduan mereka telah bersedia dengan kebanyakan, jika tidak semua, pengetahuan berkaitan motosikal.
  • Sekali lagi, TOC tidak akan berkompromi dengan pelajar yang ketinggalan lebih daripada dua kelas dalam setiap subjek bagi setiap semester. Latihan sebegini bukan sahaja menerapkan kemahiran dan pengetahun, tetapi juga disiplin.
  • Disiplin pula akan melahirkan rasa bertanggungjawab. Kami pernah melawat bebarapa buah bengkel di mana juruteknik mereka melakukan kerja yang amat memuaskan sekali, walaupun pada usia yang muda.
  • Juruteknik bertauliah lebih mudah memahami Bahasa Inggeris. Kami bukannya memandang rendah mereka yang tidak pandai berbahasa Inggeris, tetapi, hakikatnya, buku panduan bengkel, buku panduan pemilik untuk motosikal import, dan kebanyakan makalah dan video teknikal semuanya dalam Bahasa Inggeris.

Saban tahun, motosikal yang muncul semakin rumit kelengkapan dan binaannya, lebih lebih lagi dari segi elektronik. Juruteknik yang baharu akan dilatih bagi mendiagnos sebarang masalah dengan bantuan penguji elektronik.

Dan walaupun semua perkara di atas tidak mewakili keadaan dunia sebenar 100%, sekurang-kurangnya ianya jauh lebih mententeramkan daripada mengharapkan mekanik yang tidak bertauliah. Fikirkannya dari sudut ini; Kalau anda sakit, adakah anda akan berjumpa dengan doktor, atau jiran anda untuk mendiagnos keadaan anda?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC, TEKAN SINI.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan