Bikesrepublic

Michelin Diumumkan Sebagai Pembekal Tayar Rasmi Bagi FIM Moto-e World Cup 2019

Sumber imej: Autosport

 

  • Dorna telah mengumumkan yang Michelin bakal menjadi pembekal tayar rasmi bagi siri perlumbaan FIM Moto-e World Cup 2019.
  • Bakal menggunakan motosikal perlumbaan elektrik keluaran Energica, siri perlumbaan motosikal elektrik pertama seadanya di dunia ini akan mendapat sokongan padu dari pembekal tayar rasmi MotoGP.
  • Memandangkan yang motosikal perlumbaan elektrik mungkin sekali akan mencecah 140hp dan 200Nm tork, ianya satu tindakan yang tepat memilih Michelin untuk tugas yang bersejarah ini.

Sumber imej: Cycle News

Berikutan pengumuman Energica sebagai pembekal rasmi motosikal perlumbaan elektrik bagi siri perlumbaan FIM Moto-e World Cup 2019, Dorna telah membuat sebaran susulan dan telah mengumumkan Michelin bakal menjadi pembekal tayar rasmi untuk siri perlumbaan motosikal elektrik julung kalinya diadakan di dalam dunia.

Sumbr imej: MotoGP

Berbekalkan sejarah, pengalaman serta teknologi yang diperlukan bagi memenuhi tuntutan hebat dari siri perlumbaan motosikal kelas paling premier di dunia iaitu MotoGP, ianya hanyalah logikal yang mereka juga akan turut membekal bagi siri perlumbaan beroktana tinggi dengan emisi sifar.

Sumber imej: Autosport

Walaupun permulaan mereka yang agak sukar setelah mengambil alih tempat Bridgstone di MotoGP pada tahun 2016, pengeluar tayar dari Perancis itu menunjukkan kebolehan menakjubkan mereka dalam bukan sahaja mengilangkan tayar perlumbaan yang mengagumkan, malah menyediakan mereka dalam masa yang amat pantas.

Motosikal Energica Ego telah dipilih sebagai motosikal perlumbaan rasmi, dan hanya tayar yang terbaik sahaja mampu memenuhi keperluan detik bersejarah dalam menuju ke masa hadapan perlumbaan motosikal. Kami agak yang Dorna memilih Michelin memandangkan yang motosikal elektrik mampu mencecah sehingga 140hp dan sehingga 195Nm tork.

Sumber imej: MCN

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal perlumbaan elektrik Energica Ego, TEKAN SINI.

Menurut Pengarah Sukan Permotoran Michelin, Pascal Couasnon, ” Sebagai pertandingan perlumbaan motosikal elektrik sepenuhnya yang pertama, FIM Moto-e World Cup ciptaan FIM dan Dorna Sports adalah sebuah langkah yang teguh dan bermakna ke arah masa depan. Bagi Michelin, ia akan memberikan kami sebuah makmal ujikaji yang tidak ternilai bagi pembangunan inovasi yang akan diterapkan pada tayar kegunaan jalan raya kami. Kami dengan itu, berasa amat berbesar hati untuk bersama dengan kejohanan yang baru ini pada titik permulaannya sebagai rakan kerjasama teknologi.”

Pengarah Urusan Bahagian Komersial Dorna, Pau Serracanta pula telah menambah, “Kami berasa amat teruja untuk melanjutkan serta memperkukuhkan hubungan kami dengan Michelin dan mengalukan kehadiran mereka untuk siri yang baru dan mengujakan ini. FIM Moto-e World Cup akan sinonim dengan inovasi dan kami pasti yang Michelin adalah rakan kerjasama yang sesuai sekali untuk projek ini. Bersama-sama kami akan berikan sepenuh komitmen untuk bergerak ke arah era baru yang lebih lestari dan pada masa yang mempamerkan aksi di atas litar yang mengujakan.”

Sumbr imej: MotoGP

Masa depan perlumbaan motosikal tampak amat meyakinkan dan sekiranya ada di antara kita yang masih lagi ragu-ragu, yakinlah yang ianya akan berkembang menjadi sesuatu yang menakjubkan dengan adanya Dorna, FIM dan Michelin yang menjadi pendokong utamanya.

Sumber: MotoGP

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan