Bikesrepublic

Model Aprilia RSV4 2019 Ulang Tahun Ke-10 Sedang Dibangunkan?

  • Desas-desus mengenai kemunculan motosikal Aprilia RSV4 2019 ulang tahun ke-10 sedang hangat diperkatakan dalam dunia motosikal.
  • Model 2019 dijangka hadir dengan kemaskini terbaru untuk terus kekal di hadapan pesaing, terutamanya dalam siri perlumbaan WorldSBK.
  • Antara kemaskini yang dijangkakan adalah penambahan kuasa yang ketara, casis baharu, kelengkapan elektronik terkini, reraup aero, dan bermacam-macam lagi.

Motosikal superbike Aprilia RSV4 bakal mencapai satu tanda aras yang baharu, di mana pada tahun 2018 ini, mereka bakal menyambut ulang tahun ke-10 salah sebuah jentera perlumbaan yang paling mengagumkan ini. Oleh dengan itu, apakah perancangan Aprilia bagi meraikan ulang tahun sedekad jentera tersebut?

Tidak banyak motosikal superbike pengeluaran penuh yang menggunakan atur cara enjin V4 yang telah terbukti keberkesanannya dalam perlumbaan. Melalui pasukan pengilangan mereka dalam siri perlumbaan di seluruh dunia termasuklah WorldSBK, Aprilia boleh berbangga dengan kemampuan mereka untuk mencipta teknologi baharu bagi model RSV4 pada setiap generasi.

Malah, rangkaian Aprilia RSV4 adalah motosikal superbike yang pertama yang diterapkan dengan IMU (Inertial Measurement Unit) bersama dengan sistem kawalan cengkaman canggih dan juga pendikit ‘Ride-by-Wire’. Kemaskini demi kemaskini diperkenalkan setiap beberapa tahun dan ini menjadikan motosikal RSV4 sebuah jentera yang menakjubkan buat sesiapa yang mampu memilikinya.

Pada masa ini, khabar angin telah tersebar mengatakan bahawa Aprilia sedang merancang sesuatu yang istimewa bagi meraikam kejayaan sedekad lamanya model ini, dan ini membawa satu sahaja makna; motosikal Aprilia RSV4 generasi seterusnya akan muncul dengan lebih gempak lagi!

Bagi memastikan Aprilia terus berada di hadapan pesaingnya, ada yang mengandaikan yang model 2019 nanti akan mungkin sekali datang dengan kuasa yang lebih besar, casis yang dikemaskini, reraup aero baharu, kelengkapan elektronik terkini, dan bermacam-macam lagi. Peningkatan kuasa sehingga 220hp adalah salah satu kemungkinan, memandangkan mereka perlu menandingi Ducati dan model Panigale V4 R mereka yang bakal tiba.

Motosikal Aprilia RSV4 2019 yang bakal tiba itu masih lagi sedang hangat diperbincangkan dan kami amat yakin bahawa pengeluar Itali tersebut ada pelan rahsia mereka tersendiri untuk acara motosikal tahunan EICMA 2018 di Milan, Itali, menjelang bulan November ini. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Langkah Seterusnya Jenama Aprilia Di Malaysia

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube