Bikesrepublic

“Model Kapcai Tiada Dalam Perancangan Kawasaki Buat Masa Ini”

Baru-baru ini kami duduk semeja dengan beberapa wakil daripada Kawasaki Heavy Industries (KHI) susulan termeterainya kerjasama dengan Modenas selaku pengedar baharu jenama Kawasaki di Malaysia.

* Keiichi Morohara (kiri), Keishi Fukumoto (kanan)

Perjumpaan tersebut bertujuan untuk bertukar pendapat di samping wakil KHI mahu mendalami budaya di Malaysia.

Antara aspek yang sempat dibincangkan adalah budaya permotoran di Malaysia.

Rata-rata wakil Kawasaki menyedari bahawa ketika permintaan pasaran negara Asia Tenggara lain sudah beralih ke skuter, permintaan terhadap motosikal kapcai masih lagi kuat di Malaysia.

created by Polish

Bagaimanapun, ketika diajukan soalan adakah Kawasaki ada perancangan untuk memperkenalkan model kapcai untuk pasaran tempatan, Pengurus Perancangan Produk KHI, Keiichi Morohara berkata, “model kapcai tiada dalam perancangan Kawasaki.”

Makluman terbaru dari pihak KHI itu ternyata bakal mengecewakan peminat di Malaysia yang mengharapkan kerjasama Kawasaki dan Modenas akan turut sama membabitkan lahirnya model kapcai sulung.

Namun, Morohara-san menjelaskan senario itu mungkin akan berubah pada masa akan datang.

Desas-desus mengenai ‘supermoped’ dari Modenas telang berlegar selama beberapa tahun namun sehingga kini masih tiaada bukti fizikal yang menunjukkan model seumpamanya akan dilancarkan di Malaysia.

Apa pun, info lebih mengenai ‘supermoped’ ini akan kami terokai lagi dalam perjumpaan seterusnya bersama wakil Kawasaki dan Modenas.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan