Bikesrepublic

Modenas Bakal Lancar Dominar 250 Tahun Ini?

Gergasi motosikal India, Bajaj telah pun melancarkan Dominar 250 untuk pasaran negara itu pada Mac 2020 sebagai varian lebih kecil berbanding Dominar 400. 

Kemunculan versi 250cc itu adalah bagi memberi akses meluas pada pelanggan yang mahukan motosikal ‘sport-touring’ namun pada harga lebih mampu milik. 

Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan bahawa Dominar 250 itu akan turut diperkenalkan di Malaysia. Kemungkinan besar model tersebut akan dilancarkan sekitar suku kedua (Q2) tahun ini.

Seperti Modenas Dominar 400, model dengan kapasiti 250cc itu akan turut dipasarkan dengan lencana Modenas. 

Bernadikan enjin KTM Duke 250, Dominar 250 sertai barisan jentera bersesaran 250cc lain antaranya, Yamaha R25, Honda CB250, KTM Duke 250 dan Ninja 250.

Bagaimanapun, sebagai motosikal berkonsepkan ‘touring’, enjin 248cc satu silinder DOHC itu telah ditala untuk menghasilkan 27hp pada 8,500rpm dan 23.5Nm pada 6,500rpm berbanding DUKE 250 yang menjana 29.6hp pada 9,000rpm dan 24Nm pada 7,500rpm.

Atas kertas, Dominar 250 ini mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 132km/j. 

Berdasarkan rekaan keseluruhan, Dominar 250 masih lagi mengekalkan ciri yang terdapat pada Dominar D400 kecuali beberapa perubahan ketara antaranya tayar, fork (USD) dan cakera brek yang lebih kecil.

Menariknya, versi 250 ini masih lagi dilengkapi ABS dual-channel.

Untuk rekod, Bajaj Dominar 250 ditawarkan pada harga Rs 1.60 lakh (sekitar RM9,061) di India. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan