Bikesrepublic

Moto Guzzi CR950 Stile Italiano

  • Stile Italiano yang bertapak di Itali, merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam kenderaan klasik, koleksi dan eksotik mewah.
  • Dilancarkan pada 1999, mereka telah membina motosikal café racer untuk diri mereka sendiri.
  • Motosikal Moto Guzzi CR950 ini telah mengambil masa empat bulan untuk disiapkan.

Motosikal Moto Guzzi 950 di atas, yang telah dibina oleh Stile Italiano sebagai sebuah motosikal café racer buatan khas, terlalu mempersonakan untuk tidak ditayangkan.

Stile Italiano telah ditubuhkan pada tahun 1999, dan merupakan pakar dalam jualan kereta dan motosikal klasik, koleksi dan eksotik yang mewah, yang mana antaranya adalah sebuah jentera perlumbaan ketahanan Ducati 900NCR Endurance yang telah dikemudi oleh Virginio Ferrari, Moto Guzzi 850 Le Mans Mk I, dan bermacam-macam lagi, yang boleh anda lihat sendiri di laman sesawang rasmi mereka.

Namun jauh di sudut bengkel mereka, tersemat satu lagi cinta mereka – membina motosikal café racer yang teramat unik dan tersendiri.

Tetapi, pengasas Stile Italiano, Gianluca Tieppolo, rakan kongsi niaga, Christian Diana, mekanik berkemahiran dengan pengalaman selama 25 tahun, Loris Lession, beserta pasukannya yang terdiri dari pembina berkemahiran hanya membina motosikal café racer untuk diri mereka sahaja. Dengan itu, mereka mampu mencurah keseluruhan jiwa mereka dalam binaan mereka itu dan tidak perlu mengikut kemahuan orang lain.

Kebanyakan daripada motosikal yang mereka khususkan adalah dari jenama Moto Guzzi. Model “950” ini bermula sebagai sebuah motosikal Moto Guzzi 850 T3, diperkenalkan buat kali pertamanya pada tahun 1975. Dan kerana mereka mengambil ilham penggayaan dari motosikal perlumbaan berlegenda Honda, CR750, projek ini telah dinamakan sebagai “Moto Guzzi CR950”. Gianluca mahu ianya menjadi projek mereka yang paling elegan dan telah memilih gaya motosikal perlumbaan tahun 70-an.

Pertama sekali, kerangka Guzzi telah diubahsuai bagi dipadankan dengan panel badannya yang dirombak semula. Fork standard kemudiannya diganti dengan sepasang fork nyah-junam tahun 80-an, manakala sepasang penyerap hentakan udara FOX yang amat jarang didapati digunakan untuk bahagian belakangnya.

Lihat dengan teliti bahagian brek hadapannya. Ianya telah dianggap sebagai brek dram muktamad pada eranya. Ianya adalah dram/hab magnesium 300mm Fontana, sering kali dijumpai pada motosikal perlumbaan Triumph Trident tahun 60-an.

Dan oleh kerana panel badannya datang dari motosikal Honda CR750, ia perlu diubahsuai bagi membolehkan silinder melintang enjinnya dirumahkan dalamnya, membentuk satu rupa bentuk yang menyeluruh berbanding dua bahagian “skin-and-bones” yang berasingan. Bahagian belakang yang baharu telah dibentuk bagi melengkapkan rupa motosikal berkenaan, menggantikan dapra 850 T3 yang asal.

Ciri menarik yang lain termasuklah palang pemegang ‘clip-on’ dan takometer Moto Guzzi V7 yang asli. Tangki bahanapinya ditukang tangan dari aloi dan mempunyai perumah bateri dibawahnya.

Untuk enjinnya pula, ia telah diubahsuai dari standard. kepala silindernya telah diambil dari kepala silinder asal, dan kapasitinya ditambah kepada 950cc. Kelapa silindernya adalah dwi palam pencucuh yang menggunakan sistem pencucuhan Dyna. Karburetor Dell’Orto VHB 30mm yang asal telah ditukar kepada Dell’Orto 40mm. Wasap ekzos dikeluarkan menggunakan sistem ekzos Virex, yang mana peredamnya terletak kemas di bawah motosikal tersebut.

Akhir sekali, bagi melengkapkan motosikal ini, Stile Italiano telah menggunakan skema warna serta kemasan yang terbaik sekali melambangkan jenama mereka yang khusus dalam jentera klasik mewah. Gianluca memilih ‘mirror effect’ istimewa seperti mana yang anda lihat pada ‘grand piano’. Terdapat sentuhan warna ‘brass’ bagi menyerlahkan lagi skema warna hitam dan emas.

Mereka mengambil masa empat bulan bagi menyempurnakan motosikal CR950 ini. Cukup berbaloi sekali.

Sumber imej: Return of the Café Racers, Max Trono

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan