Hafizh berjaya menambah kutipan mata apabila menamatkan perlumbaan di GP Republik Czech di kedudukan ke-9.
Pelumba berusia 26 tahun itu merekodkan aksi mantap ketika sesi kelayakan semalam apabila berjaya menduduki petak ke-4.
Bagaimanapun, sebaik perlumbaan dilepaskan hari ini, pelumba Aspar Team itu hilang enam kedudukan untuk menduduki tempat ke-10.
Namun, dia kembali memperkemaskan tunggangan untuk menduduki tempat ke-9 sehingga ke lap terakhir untuk membawa pulang 7 mata dihadapan rakan sepasukan Aron Canet.
Hafizh telah pun mengumpul 17 mata setakat ini selepas tiga pusingan.
Keputusan ini sedikit sebanyak mengubat kekecewaan GP Andalucia apabila dia gagal menamatkan perlumbaan susulan masalah tayar dua minggu lalu.
Aksi di Moto2 menyaksikan Enea Bastianini (Italtrans Racing Team) muncul pemenang dengan catatan masa 39 minit 13.926 saaat, dihadapan Sam Lowes dengan Joe Roberts, ketiga.
Kemenangan Bastianini turut meletakkan dirinya sebagai pendahulu kejuaraan setakat ini dengan 73 mata diikuti Luca Marini 58 mata dan Tetsuta Nagashima, 55 mata.
Dalam perkembangan sama, seorang lagi wakil negara di Moto2, Kasma Danial (Onexox TKKR SAG Team) kurang bernasib baik apabila gagal menamatkan aksi di Brno selepas 16 lap.
Berikut keputusan penuh di Moto2: