Bikesrepublic

Moto2: Suter Tarik Diri Dari Musim 2018

  • Pengeluar casis dari Switzerland, Suter, telah memutuskan untuk mengundurkan diri dari kejohanan dunia Moto2 2018.
  • Daripada 24 buah pasukan yang ada di atas grid, hanya satu sahaja yang akan menggunakan casis mereka untuk musim yang akan datang iaitu Dynavolt Intact Team.
  • Suter akan berehat dari pertandingan bagi menumpukan perhatian pada pembinaan casis generasi yang berikutnya bagi disuaikan dengan pertukaran enjin 765cc Triumph yang baru yang bakal tiba pada tahun 2019.

 

Setelah menyedari yang hanya sebuah sahaja daripada 24 buah pasukan telah memutuskan untuk menggunakan casis yang diperbuat oleh pengeluar dari Switzerland itu, Suter telah memutuskan untuk menarik diri sepenuhnya dari kejohanan dunia Moto2 2018. Ianya disebabkan oleh fakta yang mereka merasakan yang ianya sia-sia untuk meneruskan usaha mereka buat masa sekarang kerana ianya tidak membawa sebarang manfaat komersial buat syarikat berkenaan.

Satu-satunya pasukan yang berminat untuk menggunakan casis buatan Suter pada tahun 2018 adalah Dynavolt Intact Team dengan barisan penunggang mereka, Xavi Vierge dan Marcel Schrotter, untuk musim yang akan datang. Oleh kerana Suter telah memutuskan untuk menarik diri bagi tahun 2018, pasukan berkenaan telah bertukar kepada casis Kalex.

Suter telah meraih begitu banyak kejayaan pada zaman awal siri Moto2. Sewaktu kategori pertengahan ini mula diperkenalkan, mereka telah memenangi perlumbaan yang pertama Moto2 di Qatar dan telah meneruskan kejayaan mereka dengan bantuan Marc Marquez sebelum dia menyertai kelas premier MotoGP.

Setelah Marquez berpindah ke siri perlumbaan utama MotoGP, bilangan jumlah kemenangan semakin berkurangan buat Suter dan Kalex dengan pantas merebut peluang ini dengan casis perlumbaan mereka yang telah berkembang dengan pesat itu. Sukar bagi Suter untuk bersaing dengan sebuah syarikat yang telah memenangi kejohanan kelas pertengahan itu selama lima tahun berturut-turut sejak tahun 2013.

Sejak tahun 2015 lagi keadaan tampak suram buat Suter apabila hanya dua buah pasukan yang menggunakan casis mereka. Semakin malang lagi pada tahun 2016 apabila satu-satunya pasukan yang menggunakan casis mereka pada tahun itu telah menarik diri selepas hanya dua perlumbaan pada permulaan musim berkenaan. Tahun 2017 tampak meyakinkan pada mulanya dengan Dominique Aegerter berjaya mendapat tempat di atas podium (sebelum dibatalkan akibat ketaksekataan minyak enjin).

Kehadiran KTM buat kali pertama pada tahun ini bagaikan penanda detik-detik terakhir bagi syarikat berkenaan. KTM telah mempamerkan yang mereka cukup berdaya saing sekali untuk merebut tempat di atas podium walaupun pada tahun pertama mereka di kelas pertengahan ini. Menjelang penghujung musim ini, KTM telah mendominasi tiga perlumbaan terakhir bersama dengan penunggang-penunggangnya, Miguel Oliveira dan Brad Binder.

Walau bagaimanapun, Suter akan meneruskan usaha mereka itu dengan membangunkan casis generasi berikutnya bagi disuaikan dengan perubahan besar untuk tahun 2019 di mana Moto2 akan dipertingkatkan dengan menggunakan enjin tiga-selari 765cc Triumph.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif Moto2 Triumph 765cc itu, TEKAN SINI.

2018 bakal menyaksikan hanya KTM, Kalex, NTS, Tech 3 dan Speed up yang akan bertanding buat musim Moto2 yang terakhir menggunakan enjin empat-selari 600cc Honda.

Sumber imej: MotoGP

 

 

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube