Bikesrepublic

MotoGP: Aprilia Mampu Cabar Kejuaraan Dunia 2023 – Massimo Rivola

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia, Massimo Rivola, menyuarakan keyakinan terhadap pasukannya mencabar Kejuaraan Dunia MotoGP 2023.

Masa depan Aprilia tampak semakin cerah apabila berjaya menaiki podium pertama ketika di GP Britain minggu lalu menerusi Aleix Espargaro.

Pasukan berpangkalan di Noale, Itali itu turut berjaya memperkuatkan pasukan selepas menandatangani khidmat Maverick Vinales dari Monster Energy Yamaha, baru-baru ini.

Meskipun mengakui terlalu awal untuk menetapkan sasaran 2022 namun Rivola yakin musim 2023 adalah landasan terbaik untuk memberi cabaran sebenar.

“Pada 2023, kenapa tidak? Terlalu awal untuk bercakap tentang 2022 kerana kami perlu membiasakan diri memberi saingan secara konsisten terlebih dahulu.

“Kejayaan Aleix mengetepikan saingan Jack Miller di Silverstone pada lap terakhir amat mengagumkan,” jelasnya.

Pada masa sama, Rivola turut gembira dengan perkembangan membabitkan Vinales, yang enggan tunggu hingga musim depan untuk membuat penampilan sebaliknya mahu beraksi seawal pusingan seterusnya di Aragon.

“Dia berjaya membiasakan diri dengan cepat walaupun pada awalnya kami sendiri masih tertanya-tanya. Pendekatannya cukup mengagumkan.

“Sasaran kami seterusnya adalah memberi fokus terhadap persiapan bagi musim 2022. Vinales tidak perlu membuktikan apa-apa kepada kami, dia hanya perlu berlumba seperti biasa dan biar masa yang menentukan,”tambah Rivola.

Walaupun mengejutkan ramai pihak, namun Vinales kelihatan berkobar-kobar untuk kembali beraksi musim ini setelah dipecat Yamaha beberapa minggu lalu.

Vinales akan digandingkan bersama Espargaro di Aragon yang akan berlangsung pada 12 September ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube