Bikesrepublic

MotoGP: Bezzecchi Unggul Di Le Mans, Bagnaia, Marquez Kemalangan

Marco Bezzecchi merekodkan kemenangan kedua musim ini selepas mendominasi aksi di GP Perancis pada Ahad.

Bagaimanapun, saingan di Le Mans terpalit dengan kejadian kemalangan melibatkan pendahulu kejuaraan Francesco Bagnaia (Ducati) dan Maverick Vinales (Aprilia).

Kedua-dua berlanggar antara satu sama lain di Sektor 4 lalu menyebabkan kedua-dua pelumba terpaksa bersara awal. Kedua-duanya turut bertengkar antara satu sama lain sejurus selepas itu. 

Dalam pada itu, Jack Miller yang pada satu ketika mendahului perlumbaan hilang kedudukan podium selepas dipintas Bezzecchi, Marquez dan Jorge Martin sebelum kemalangan ketika perlumbaan berbaki tiga lap sahaja. 

Fokus perlumbaan kemudiannya terarah kepada perebutan tempat kedua yang menyaksikan Marquez dan Martin bersaing sengit antara satu sama lain. Bagaimanapun, kejutan berlaku ketika baki dua lap terakhir apabila Marquez hilang kawalan lalu kemalangan menyaksikan Martin menamatkan aksi di tempat kedua. 

Sementara itu, Bezzecchi selesa menjuarai pusingan di Le Mans dengan kelebihan empat saat di depan manakala wakil tuan rumah, Johann Zarco, melengkapkan podium di tempat ketiga. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube