Bikesrepublic

MotoGP: Danilo Petrucci Hampir Pasti Sertai KTM

Danilo Petrucci yang bakal tamat kontrak bersama Ducati hujung musim ini dikhabarkan semakin hampir berhijrah ke KTM dalam usaha untuk terus kekal di kelas premier.

Tempat Petrucci di Ducati bakal diambil alih Jack Miller bagi musim 2021.

Pada awalnya, Petrucci dicanang akan sertai Aprilia bagi menggantikan Andrea Iannone yang kini menjalani penggantungan 18 bulan susulan gagal ujian doping.

Pada masa sama, Ducati turut berminat untuk meletakkan Petrucci di WorldSBK dalam usaha menggugat dominasi Jonathan Rea dari Kawasaki.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila tonggak KTM, Pol Espargaro dikatakan akan ke Repsol Honda bagi 2021 menggantikan Alex Marquez.

Sekiranya Petrucci ke KTM menjadi, dia bakal menawarkan pengalaman penting dikalangan pelumba muda lain, Brad Binder, Iker Lecuona dan Miguel Oliviera.

Sementara itu, pengurus Petrucci, Alberto Vergani kini mendedahkan pihaknya sedang menanti langkah seterusnya daripada KTM.

“Kami menyaksikan segalanya di KTM, mereka memiliki fasiliti yang mengagumkan melebihi jangkaan kami,” jelasnya. – Visordown

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan