Bikesrepublic

MotoGP: Dovizioso Sertai SRT Musim 2022 – Lin Jarvis

Bekas pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, akan menjadi pelumba pasukan Sepang Racing Team (SRT) bagi musim 2022.

*Andrea Dovioso

Perkara itu didedahkan pengendali Yamaha, Lin Jarvis, dalam satu temu bual bersama media antarabangsa.

Menurut Jarvis, Yamaha telah pun mencapai persetujuan bersama Andrea (Dovizioso) mengenai perkara tersebut dengan pelumba Itali itu akan memulakan saingan seawal pusingan di Misano, September ini.

*Lin Jarvis

“Sasaran utama SRT adalah untuk bekerjasama dengan pelumba muda namun tak ramai pelumba yang benar-benar pantas.

“Kami mahukan Raul Fernandez tetapi dia terikat sementara ramai pelumba muda lain telah pun menandatangani kontrak bersama pengeluar lain.

“Kami telah pun mencapai persetujuan dengan Andrea (Dovizioso) bahawa dia akan berlumba bersama pasukan satelit (SRT) bagi 2021 dan seterusnya pada musim 2022 dengan jentera rasmi YZR-M1,” jelasnya.

Dengan Dovizioso telah pun disahkan menjadi sandaran baharu SRT musim depan, pasukan satelit Yamaha itu masih lagi belum menentukan siapakah yang bakal digandingkan bersama pelumba berpengalaman itu.

*Marco Bezzecchi

“Kami telah pun menghubungi VR46 bagi Marco Bezzecchi tetapi mereka berminat dengan khidmatnya bagi musim 2022.

“Untuk itu pelumba kedua masih belum ditentukan tetapi kami akan mengumumkannya di Misano nanti,” tambah Jarvis.

Pendedahan oleh Jarvis ini sekaligus menyaksikan Dovizioso bakal sertai prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali dan Johan Stigefelt selaku pengurus pasukan dalam membentuk satu entiti baharu musim depan setelah Petronas dan SIC telah pun menamatkan usahasama hujung musim ini.

Razlan sebelum ini turut mendedahkan akan mewujudkan pasukan serba baharu yang tidak lagi akan bergerak dengan warna ikonik Petronas musim depan. – GPOne

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan