Bikesrepublic

MotoGP: GP Argentina, Amerika Ditunda

Susulan pandemik Covid-19 yang masih lagi melanda memasuki tahun 2021, MotoGP membuat keputusan untuk menunda pusingan kedua dan ketiga membabitkan GP Argentina dan Amerika yang sepatutnya berlangsung pada 11 dan 18 April.

Sebaliknya, Litar Losail, Qatar akan melangsungkan dua perlumbaan secara dua minggu berturut-turut pada 28 Mac dan 4 April manakala Litar Portimao ambil alih pusingan tiga pada 18 April.

Meskipun kenyataan awal merujuk kepada penundaan GP Argentina dan Amerika namun hampir pasti perlumbaan di kedua-dua litar itu akan dibatalkan terutamanya di Amerika Syarikat selepas mengambil kira faktor logistik dan penularan Covid-19 di Austin, Texas.

Pada masa sama, menggantikan pusingan kedua dan ketiga dengan Qatar dan Portimao dilihat sebagai tindakan tepat susulan Qatar antara negara yang berjaya mengekang pandemik tersebut sejak gelombang pertama Ogos tahun lalu di samping mempergiat program vaksin.

Sementara Portimao berpengalaman dalam melangsungkan perlumbaan MotoGP dengan prosedur ketat musim lalu.

Bagaimanapun, Dorna dijangka untuk tidak membenarkan kehadiran penonton di litar buat masa ini yang turut dijangka tidak akan memberi kesan kepada Qatar dan Jerez yang mendapat sokongan besar (kewangan) dari kerajaan masing-masing.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube